Penunggang motosikal maut digilis treler

KAJANG – Seorang penunggang motosikal maut dipercayai digilis sebuah treler dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 25.4 Lebuhraya Kajang–Silk dari arah Semenyih ke Subang Jaya pada Isnin.
Dalam kejadian itu, mangsa seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan pada jam 9.10 pagi.
"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang digerakkan ke lokasi dan tiba pada jam 9.25 pagi dengan kekuatan lima anggota menggunakan sebuah jentera.
"Kemalangan melibatkan sebuah treler serta sebuah motosikal di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Katanya, mangsa dipercayai penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Operasi dikawal sepenuhnya pada jam 9.30 pagi dan mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan lanjut," katanya.
Ringkasan AI
- Seorang penunggang motosikal maut digilis treler di Lebuhraya Kajang–Silk
- Mangsa adalah lelaki tempatan berusia 47 tahun
- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerima panggilan kecemasan pada jam 9.10 pagi
- Operasi penyelamatan dikepalai oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang
- Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan KKM
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

