Wei Chong-Kai Wun kempunan pertahan kejuaraan Masters Indonesia

Hasrat Wei Chong-Kai Wun untuk mempertahankan kejuaraan Masters Indonesia tidak kesampaian setelah dikalahkan oleh pasangan tuan rumah. Foto fail Bernama
Hasrat Wei Chong-Kai Wun untuk mempertahankan kejuaraan Masters Indonesia tidak kesampaian setelah dikalahkan oleh pasangan tuan rumah. Foto fail Bernama
A
A
A

HASRAT beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun untuk mempertahankan kejuaraan Masters Indonesia tidak kesampaian apabila terpaksa akur ditundukkan gandingan tuan rumah Moh Reza Pahlevi Isfahani- Sabar Karyaman Gutama pada Jumaat.

Pada aksi yang berlangsung di Istora Senayan, Jakarta, menyaksikan pasangan nombor enam dunia itu tewas 20-22, 19-21 dalam perlawanan selama 38 minit.

Sementara itu, beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani tidak berdepan masalah menempah slot ke separuh akhir selepas menewaskan wakil Korea Selatan, Song Hyun Cho-Lee Jing Min 21-17, 21-13 dalam tempoh 34 minit pada aksi suku akhir.

Sze Fei-Nur Izzuddin dijadual bertemu pemenang perlawanan antara gandingan Denmark, Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard dengan kombinasi Korea Selatan-Malaysia, Choi Sol Gyu-Goh V Shem bagi perebutan tiket ke final esok.

Dalam pada itu, beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah turut menepati ramalan mara ke separuh akhir selepas mudah menewaskan gandingan Korea Selatan, Kim Yu Jung-Lee Yu Lim 21-15, 21-9 dalam tempoh 29 minit.

Menanti beregu nombor dua dunia itu adalah gandingan nombor 16 dunia dari Taiwan, Hsu Ya Ching-Sung Yu Hsuan atau wakil tuan rumah, Lanny Tria Mayasari-Apriyani Rahayu pada aksi separuh akhir. 

Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei turut mengesahkan slot separuh akhir selepas gandingan ranking keempat dunia itu menyingkirkan pasangan Singapura-Indonesia, Terry Hee-Gloria Emanuelle Widjaja 21-16, 21-19.

Bagaimanapun, Tang Jie-Ee Wei dijadual berdepan cabaran sukar untuk ke final apabila akan bertemu pasangan nombor dua dunia dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin pada aksi separuh akhir esok.

Dalam kategori perseorangan wanita, pemain negara, K Letshanaa berjaya menundukkan pilihan keenam kejohanan dari Taiwan, Huang Yu-Hsun 21-17, 21-18 dan dijadual bertemu pemain Thailand, Pitchamon Opatniputh di separuh akhir. - Bernama

Artikel Berkaitan:

 

 

 

Ringkasan AI

  • Hasrat Man Wei Chong-Tee Kai Wun untuk mempertahankan kejuaraan Masters Indonesia tak kesampaian setelah dikalahkan oleh Moh Reza Pahlevi Isfahani-Sabar Karyaman Gutama
  • Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani melangkah ke separuh akhir selepas menewaskan wakil Korea Selatan
  • Pearly Tan-M. Thinaah mara ke separuh akhir dengan menewaskan gandingan Korea Selatan
  • Beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mengesahkan slot separuh akhir setelah menyingkirkan pasangan Singapura-Indonesia
  • K. Letshanaa berjaya ke separuh akhir selepas menundukkan pemain dari Taiwan dan akan bertemu pemain Thailand di separuh akhir

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!