Masters Indonesia 2026: Pang Ron-Su Yin mara, Jimmy-Pei Jing kandas

Pang Ron dan Su Yin (kanan) meneruskan cabaran di Masters Indonesia 2026. Foto Agensi
Pang Ron dan Su Yin (kanan) meneruskan cabaran di Masters Indonesia 2026. Foto Agensi
A
A
A

BEREGU campuran negara Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin meneruskan perjuangan dalam saingan Kejohanan Badminton Masters Indonesia 2026 di Jakarta hari ini.

Beregu ranking ke-20 dunia itu melepasi pusingan pertama kejohanan berstatus Super 500 berkenaan selepas menewaskan gandingan Thailand, Phuwanat Horbanluekit-Benyapa Aimsaard 13-21, 21-6, 21-17 dalam perlawanan yang berlangsung di Istora Senayan.

Menanti mereka di pusingan kedua, sama ada beregu China Guo Xin Wa-Chen Fang Hui atau Liu Kuang Heng-Jheng Yu Chieh dari Taiwan.

Sementara itu, perjuangan satu lagi beregu campuran negara, Jimmy Wong-Lai Pei Jing terhenti di pusingan pertama.

Jimmy-Pei Jing tewas kepada gandingan tuan rumah, Dejan Ferdinansyah-Bernadine Anindya Wardana 10-21, 17-21. - Bernama

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • BEREGU campuran negara Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin meneruskan perjuangan dalam saingan Kejohanan Badminton Masters Indonesia 2026 di Jakarta hari ini
  • Beregu ranking ke-20 dunia itu melepasi pusingan pertama kejohanan berstatus Super 500 selepas menewaskan gandingan Thailand
  • Menanti mereka di pusingan kedua, sama ada beregu China atau Taiwan
  • Perjuangan satu lagi beregu campuran negara, Jimmy Wong-Lai Pei Jing terhenti di pusingan pertama
  • Jimmy-Pei Jing tewas kepada gandingan tuan rumah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!