Masters Indonesia: Letshanaa cemerlang tempah slot separuh akhir

Letshanaa berjaya mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Masters Indonesia.
Letshanaa berjaya mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Masters Indonesia.
A
A
A

PERSEORANGAN wanita negara, K Letshanaa meneruskan rentak cemerlang di Istora Senayan, Jakarta apabila berjaya melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Masters Indonesia sebentar tadi.

Dalam aksi suku akhir tersebut, pemain yang kini menghuni ranking ke-42 dunia itu mempamerkan aksi bertenaga untuk menundukkan wakil Taiwan, Huang Yu-hsun.

Letshanaa tidak menunggu lama untuk mengesahkan kemenangan apabila mencatat keputusan ‘straight set’ 21-17, 21-18, sekali gus menempah tiket ke kelompok empat terbaik esok.

Perjalanan wakil negara itu dalam kejohanan kali ini wajar diberi pujian apabila beliau konsisten mencipta kejutan sejak awal saingan.

Terdahulu pada pusingan pertama, Letshanaa berjaya menewaskan seorang lagi pemain Taiwan, Hsu Wen-chi sebelum melakar kejutan menyingkirkan pemain pilihan keenam dari Kanada, Michelle Li pada pusingan kedua.

Fokus Letshanaa kini terarah kepada aksi separuh akhir pada Sabtu dan dijadualkan bertemu lawan dari Thailand, Pitchamon Opatniputh dalam misi memburu tempat ke perlawanan akhir kejohanan bertaraf Super 500 itu.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • K Letshanaa berjaya mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Masters Indonesia
  • Pemain ranking ke-42 dunia itu menundukkan wakil Taiwan, Huang Yu-hsun
  • Letshanaa mencatat kemenangan straight set 21-17, 21-18
  • Beliau konsisten mencipta kejutan sejak awal saingan
  • Fokus Letshanaa kini terarah kepada aksi separuh akhir bertemu lawan dari Thailand, Pitchamon Opatniputh

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!