Zii Jia terkandas pusingan kedua Indonesia Masters

Zii Jia
Zii Jia
A
A
A

PERJALANAN pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia dalam saingan Indonesia Masters berakhir apabila tersingkir di pusingan kedua pada Khamis.

Zii Jia yang turun dengan motivasi tinggi susulan kemenangan menewaskan jaguh India, HS Prannoy pada Rabu, bagaimanapun gagal meneruskan momentum tersebut apabila tewas di tangan pemain Thailand, Panitchaphon Teeraratsakul.

Dalam aksi yang berlangsung selama 57 minit itu, Zii Jia memulakan permainan dengan baik apabila memenangi set pertama 21-15.

Namun, lawan yang menghuni ranking ke-44 dunia itu bangkit memperkemaskan permainan untuk mengheret perlawanan ke set penentuan sebelum Zii Jia akur dengan kekalahan 'rubber set' 21-15, 17-21, 8-21.

Sementara itu, nasib berbeza dialami kem beregu campuran negara apabila pasangan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei berjaya mengesahkan tiket ke suku akhir.

Gandingan itu tidak berdepan masalah menewaskan pasangan Thailand, Pakkpon Teeraratsakul-Sapsiree Taerattanachai menerusi kemenangan straight set 21-12, 21-18.

Bagaimanapun, beregu lelaki profesional negara, Nur Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong gagal mengikut jejak langkah tersebut apabila tewas kepada wakil tuan rumah, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani dalam pertarungan tiga set 19-21, 21-16, 21-17.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Perjalanan Lee Zii Jia dalam Indonesia Masters berakhir di pusingan kedua
  • Gagal meneruskan momentum kemenangan selepas tewas kepada Panitchaphon Teeraratsakul dari Thailand
  • Memulakan permainan dengan memenangi set pertama tapi akhirnya kalah dalam 'rubber set'
  • Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dari beregu campuran negara berjaya ke suku akhir
  • Nur Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong dari beregu lelaki profesional negara tewas kepada wakil tuan rumah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!