MPKS gempur premis perniagaan warga asing di Puncak Alam

Operasi melibatkan pusat cuci kenderaan, kedai runcit serta kedai aksesori kenderaan.
Operasi melibatkan pusat cuci kenderaan, kedai runcit serta kedai aksesori kenderaan.
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) menggempur tujuh premis perniagaan yang dikendalikan warga asing di sekitar Puncak Alam, dekat sini kira-kira 9 pagi, Khamis.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MPKS, Mohamad Lutfi Mislah Hudin berkata, operasi bersepadu dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) itu bertujuan mengekang aktiviti perniagaan yang tidak mematuhi syarat lesen dan peraturan.

MPKS telah mengeluarkan 15 kompaun dan lima notis atas pelbagai kesalahan.
MPKS telah mengeluarkan 15 kompaun dan lima notis atas pelbagai kesalahan.

"Operasi lebih lima jam itu dijalankan hasil risikan dan maklumat awam berhubung aktiviti perniagaan warga asing di kawasan berkenaan yang dipercayai telah beroperasi sejak lima bulan lepas.

"Sebanyak 10 premis telah disasarkan melibatkan pusat cuci kenderaan, kedai runcit serta kedai aksesori kenderaan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Premis diarahkan tutup serta-merta dan semua peralatan telah disita.
Premis diarahkan tutup serta-merta dan semua peralatan telah disita.

Beliau berkata, bagaimanapun hanya tujuh premis dapat diperiksa memandangkan tiga premis lagi telah ditutup dan pekerja mereka dipercayai telah melarikan diri bagi mengelak dikenakan tindakan.

Artikel Berkaitan:

Mohamad Lutfi berkata, MPKS telah mengeluarkan 15 kompaun dan lima notis atas pelbagai kesalahan termasuk lesen perniagaan, iklan tanpa lesen, kebersihan premis dan halangan tempat awam.

"Premis diarahkan tutup serta-merta dan semua peralatan telah disita, selain beberapa lelaki warga asing turut ditahan atas kesalahan imigresen,” katanya. - Bernama

 

 

 

Ringkasan AI

  • Majlis Perbandaran Kuala Selangor menggempur tujuh premis perniagaan warga asing di Puncak Alam
  • Operasi ini bertujuan mengekang aktiviti perniagaan tidak mematuhi syarat lesen dan peraturan
  • Penggempuran adalah hasil risikan dan maklumat awam tentang operasi perniagaan sejak lima bulan lepas
  • Sebanyak 15 kompaun dan lima notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk lesen perniagaan dan kebersihan
  • Premis diarah tutup serta-merta dan peralatan disita, beberapa warga asing ditahan atas kesalahan imigresen

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!