Ejen pemalsuan dokumen warga asing dipenjara 13 tahun tujuh bulan
23 Januari 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A
Seorang lelaki warga Myanmar yang berperanan sebagai ejen sindiket pemalsuan dokumen warga asing dijatuhi hukuman penjara 13 tahun tujuh bulan selepas mengaku bersalah terhadap 17 pertuduhan di Mahkamah Majistret Melaka pada Khamis.
Tertuduh, San Lwin, 53, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa Myanmar.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Sindiketpalsudokumen #Mahkamah
