X

Kindly register in order to view this article
!

UMS sedia jadi pusat ujian pengesanan Covid-19 di Sabah

IPB mempunyai pakar penyelidik serta kemudahan lengkap untuk melakukan saringan Covid-19.
A
A

KOTA KINABALU - Institut Penyelidikan Bioteknologi (IPB) Universiti Malaysia Sabah (UMS) bersedia untuk menjadi pusat pengesanan koronavirus (Covid-19) sekali gus membantu Jabatan Kesihatan negeri menjalankan ujian bagi mengesan virus itu.

Pengarahnya, Dr Zarina Amin dalam kenyataan hari ini menyebut, bahawa sepasukan penyelidik IPB sudah mengadakan latihan dalaman ujian saringan wabak Covid-19 pada 27 Mac bagi tujuan itu.

“Selepas perbincangan bersama dua agensi terlibat dalam saringan Covid-19 iaitu jabatan kesihatan dan Makmal Kesihatan Awam Negeri Sabah, mereka bersetuju pengesanan Covid-19 dilakukan di IPB kerana kami turut mempunyai pakar penyelidik serta kemudahan lengkap untuk melakukan saringan.

"Sesi latihan itu berlandaskan situasi sebenar dengan dikawal selia oleh pegawai biokeselamatan dan pembantu makmal berpengalaman," katanya.

Menurutnya, antara yang dilaksanakan adalah perbincangan langkah kerja, penilaian risiko, penyemakan Prosedur Operasi Standard dan langkah mitigasi bermula daripada penerimaan, penyimpanan, pemprosesan sampel, analisis data serta pelupusan sampel.

Sementara itu, kumpulan penyelidik Fakulti Sains dan Sumber Alam UMS menghasilkan set pelindung muka untuk disumbangkan kepada hospital di seluruh Sabah.

Ketua Penyelidiknya, Dr Chee Fuei Pien berkata, semua proses penghasilan set pelindung muka itu termasuk percetakan 3D dilakukan di Makmal Sains Bahan fakulti berkenaan dan makmal tersebut boleh menghasilkan sehingga 35 set sehari.

Sehingga kini, lebih 110 set pelindung muka dihasilkan untuk diserah kepada Jabatan Kesihatan Sabah. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus