Kedah umum 1 Februari cuti peristiwa sempena Thaipusam

Kerajaan Kedah umum 1 Februari cuti peristiwa sempena Thaipusam. Gambar hiasan
Kerajaan Kedah umum 1 Februari cuti peristiwa sempena Thaipusam. Gambar hiasan
A
A
A

ALOR SETAR - Kerajaan Kedah mengumumkan 1 Februari ini sebagai cuti peristiwa bersempena sambutan Thaipusam.

Penetapan cuti itu dipersetujui dalam mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipengerusikan Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, hari ini.

Menurut surat rasmi kerajaan negeri yang ditandatangani Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) Datuk Dr Nadzman Mustaffa, cuti peristiwa itu selaras dengan Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369).

Surat tersebut yang diedarkan kepada ketua jabatan negeri dan Persekutuan, ketua badan berkanun negeri dan Persekutuan serta ketua jabatan pihak berkuasa tempatan negeri turut dikongsikan di Facebook Muhammad Sanusi hari ini. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kerajaan Kedah umum 1 Februari cuti peristiwa sempena Thaipusam
  • Penetapan cuti disetujui dalam mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri
  • Mesyuarat dipengerusikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor
  • Cuti peristiwa ini selaras dengan Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan Am 1951
  • Surat pengumuman diedarkan kepada ketua jabatan dan dikongsikan di Facebook Muhammad Sanusi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!