Kebocoran paip utiliti punca lubang benam di taman perumahan

Lubang berukuran kira-kira dua meter panjang dan lebar serta sedalam 1.7 meter dikesan berlaku di sebuah taman perumahan di Bayan Lepas pada Isnin lalu.
Lubang berukuran kira-kira dua meter panjang dan lebar serta sedalam 1.7 meter dikesan berlaku di sebuah taman perumahan di Bayan Lepas pada Isnin lalu.
A
A
A

GEORGE TOWN - Kebocoran paip utiliti dikenal pasti sebagai punca berkemungkinan berlakunya kejadian lubang benam di Jalan Kenyalang 1, Bayan Lepas yang dilaporkan pada Isnin.

Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital, Zairil Khir Johari berkata, siasatan terperinci sedang dijalankan oleh pihak kontraktor bagi menentukan sumber sebenar kebocoran tersebut.

Beliau berkata, proses mengenal pasti punca kejadian perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum sebarang kerja pembaikan dapat diteruskan.

“Kita perlu pastikan punca kebocoran dikenal pasti dengan jelas sebelum tindakan seterusnya diambil,” katanya ketika ditemui pada sidang media di Pejabat Ketua Menteri, Komtar pada Rabu.

Terdahulu, satu kejadian lubang benam dilaporkan berlaku di lorong sisi sebuah taman perumahan di Bayan Lepas menyebabkan laluan berkenaan terpaksa ditutup sepenuhnya sebagai langkah keselamatan.

Laluan berkenaan telah ditutup selama enam hari bermula Isnin sehingga 25 Januari ini demi keselamatan awam.

Kejadian itu dilaporkan berlaku pada jam 9.30 pagi melibatkan lubang berukuran kira-kira dua meter panjang dan lebar serta sedalam 1.7 meter.

Sehubungan itu, Jabatan Kerja Raya Pulau Pinang berkata, tindakan awalan telah diambil dengan memasang penghadang plastik di kedua-dua arah laluan bagi menghalang pergerakan kenderaan ke kawasan terjejas.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kebocoran paip utiliti punca kemungkinan lubang benam di Jalan Kenyalang 1, Bayan Lepas
  • Siasatan terperinci sedang dijalankan oleh pihak kontraktor
  • Proses mengenal pasti punca perlu diselesaikan sebelum kerja pembaikan diteruskan
  • Laluan yang terjejas ditutup selama enam hari bermula Isnin sehingga 25 Januari
  • Lubang benam berukuran kira-kira dua meter panjang dan lebar serta sedalam 1.7 meter

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!