CSR Jasmine Food pacu perpaduan masyarakat berbilang kaum

JASMINE Food Corporation (Jasmine Food) terus memperkukuh strategi tanggungjawab sosial korporat (CSR) apabila menyokong penganjuran Pongal Perpaduan 2026, sekali gus memacu agenda perpaduan nasional melalui pemeliharaan tradisi dan budaya tempatan.
Penglibatan syarikat itu buat tahun kedua berturut-turut dalam sambutan Kanni Pongal di Kuil Sri Maha Mariamman, Bukit Kiara di sini pada Sabtu menunjukkan komitmen Jasmine Food terhadap pembangunan komuniti dan pemupukan persefahaman antara rakyat pelbagai kaum.
Kanni Pongal merupakan perayaan menuai tradisi masyarakat India yang disambut sebagai tanda kesyukuran atas kelimpahan rezeki dan kemakmuran, selain mencerminkan penghargaan terhadap alam serta hasil usaha komuniti.
Di Malaysia, perayaan itu berkembang menjadi simbol perpaduan apabila masyarakat Melayu, Cina dan India bersama-sama menyertai ritual tradisional, persembahan kebudayaan dan jamuan komuniti dalam suasana harmoni.

Acara kemuncak sambutan ialah upacara memasak 50 periuk Pongal menggunakan beras Jasmine Super 5 sebagai ramuan utama yang dimasak di dalam periuk tanah liat tradisional dan melambangkan kemakmuran, kelimpahan serta kesyukuran sejajar dengan semangat Pongal Perpaduan.
Ketua Pegawai Operasi Jasmine Food Corporation, Alan Kwong berkata, penglibatan syarikat dalam program berasaskan komuniti mencerminkan kepercayaan Jasmine bahawa makanan bukan sekadar keperluan asas, tetapi medium menyatukan masyarakat merentasi latar belakang budaya dan kaum.
“Pongal Perpaduan menekankan nilai teras Jasmine bahawa makanan mampu memperkukuh persefahaman dan keharmonian dalam kalangan rakyat Malaysia,” ujarnya.
Hadir sama, Ketua Pemasaran Jasmine Food Corporation, Kow Ai Nah.
Pihak penganjur memaklumkan bahawa sambutan Pongal membawa makna lebih luas dalam pembinaan identiti kebangsaan, apabila perayaan itu bukan sahaja melambangkan kesyukuran, malah mencerminkan kekuatan Malaysia sebagai negara berbilang budaya yang saling menghormati dan mengekalkan tradisi.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Tun Dr Ismail, Abdul Jabar Ahmad Junid berkata, sokongan korporat seperti yang ditunjukkan Jasmine Food memberi impak positif kepada usaha memperkukuh perpaduan di peringkat komuniti.
Dalam pada itu, seorang penduduk setempat, Sunderam Vadiveloo, 75, berkata, penganjuran program berkenaan memperlihatkan kesediaan masyarakat pelbagai kaum untuk berganding bahu dalam suasana aman dan harmoni.
Sementara seorang lagi pengunjung, Regina, 60, menyifatkan penyertaannya buat kali pertama dalam program itu sebagai pengalaman bermakna.
Ringkasan AI
- Jasmine Food Corporation menyokong penganjuran Pongal Perpaduan 2026 untuk memacu agenda perpaduan nasional
- Komitmen terhadap pembangunan komuniti dan pemupukan persefahaman antara rakyat pelbagai kaum
- Kanni Pongal adalah perayaan menuai tradisi masyarakat India yang menjadi simbol perpaduan antara masyarakat Melayu, Cina, dan India
- Acara kemuncak melibatkan memasak 50 periuk Pongal menggunakan beras Jasmine Super 5
- Sokongan korporat seperti yang ditunjukkan Jasmine Food memperlihatkan kesediaan masyarakat pelbagai kaum untuk berganding bahu dalam suasana aman dan harmoni
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

