Pacific West lancar tujuh produk baharu, sasar RM86 juta menjelang tahun kewangan 2028/2029

SHAH ALAM – Pacific West, antara jenama makanan sejuk beku paling dipercayai di Malaysia, melancarkan tujuh produk baharu makanan laut.
Pelancaran ini sempena memasuki tahun ke-26 operasinya di negara ini, sekali gus memperkukuh hala tuju pertumbuhan perniagaan ke arah RM86 juta menjelang tahun kewangan 2028/2029.
Pelancaran itu menegaskan komitmen berterusan Pacific West dalam menyampaikan makanan laut berkualiti tinggi kepada pengguna, selari dengan fasa pengembangan baharu syarikat di bawah tema “Delivering Finest Seafood, Evolving Forward”.

Pacific West yang sudah lebih dua dekad bertapak di Malaysia dikenali sebagai jenama isi rumah dengan piawaian kualiti konsisten dan rasa yang boleh dipercayai, merangkumi pelbagai rangkaian produk makanan laut.
Memasuki tahun ke-26, jenama itu kekal relevan dalam pasaran tempatan dan terus komited menyediakan penyelesaian makanan laut kepada isi rumah serta industri makanan dan minuman.
Pengurus Besar Pacific West, Joseph Lim, dalam kenyataan berkata perubahan pantas tabiat pemakanan pengguna, termasuk peningkatan budaya makan di luar, permintaan terhadap kemudahan dan pengalaman makanan setanding restoran, mendorong syarikat memperluaskan portfolio produk serta memperkukuh strategi saluran pasaran.

“Selama 26 tahun, Pacific West dibina atas asas kepercayaan dengan menawarkan makanan laut terbaik dan kualiti konsisten.
“Pelancaran ini menandakan lembaran baharu apabila kami berkembang ke hadapan, memasuki kategori baharu dan menawarkan penyelesaian makanan laut bernilai tinggi merangkumi segmen runcit dan perkhidmatan makanan,” ujarnya.
Dari segi prestasi kewangan, Pacific West Malaysia mencatatkan jualan RM42 juta bagi tahun kewangan 2024/2025 dan menyasarkan RM50 juta bagi tahun kewangan 2025/2026.
Dalam tempoh tiga tahun akan datang, syarikat menyasarkan RM86 juta menjelang tahun kewangan 2028/2029, mewakili pertumbuhan diunjurkan sebanyak 73 peratus.
Menurut Lim, sasaran itu akan dipacu oleh pengembangan kategori baharu, pertumbuhan saluran pasaran serta pengenalan produk yang mampu mencetuskan permintaan aktif dalam kalangan pengguna.

Tujuh produk baharu yang diperkenalkan ialah Pacific West Chunky Cod Bites (300g), Pacific West Crumbed Hoki Fish Fillets (340g), Pacific West Tempura Cod Fish Fillets (310g), Pacific West Breaded Oysters (400g), Pacific West Tempura Barramundi Fish Fillets (480g), Pacific West Crispy Battered Snapper Fish Fillets (480g) dan Pacific West Blue Cod Fish Cocktails – Skin On (300g).
Rangkaian itu dibangunkan menggunakan bahan mentah berkualiti tinggi dengan penekanan terhadap rasa dan tekstur konsisten, fleksibiliti penyediaan serta prestasi boleh dipercayai untuk kegunaan masakan di rumah dan dapur profesional.
Pelancaran produk akan dimulakan menerusi pendekatan runcit terlebih dahulu bagi membina kesedaran dan percubaan pengguna melalui pasar raya serta kedai runcit, sebelum diperluaskan ke segmen perkhidmatan makanan termasuk restoran perkhidmatan pantas, kafe, pengusaha makanan dan restoran premium.

Lim berkata runcit menjadi platform utama pembinaan kesedaran pengguna sebelum pertumbuhan dipercepatkan dalam saluran perkhidmatan makanan.
Pelancaran itu dianjurkan sebagai pengenalan tertumpu kepada pemegang taruh utama bagi mendapatkan maklum balas awal, meningkatkan keterlihatan jenama serta membina momentum sebelum pelancaran pasaran yang lebih meluas, selain disertakan sesi penyediaan dan merasa produk.
Ringkasan AI
- Pacific West melancarkan tujuh produk baharu makanan laut sempena tahun ke-26 operasinya di Malaysia
- Pelancaran ini seiring dengan sasaran pertumbuhan perniagaan ke arah RM86 juta menjelang tahun kewangan 2028/2029
- Komitmen berterusan Pacific West dalam menyampaikan makanan laut berkualiti tinggi kepada pengguna
- Pacific West dikenali sebagai jenama isi rumah dengan piawaian kualiti dan rasa yang boleh dipercayai
- Tujuh produk baharu termasuk Pacific West Chunky Cod Bites dan Pacific West Crumbed Hoki Fish Fillets
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

