Warna-Warni Bazaar Double Lion pamer 100 variasi minuman

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin (lima dari kiri) dan Pengarah Urusan K.H.H. Double Lion Fruit Juice Manufacturing Sdn. Bhd, Joan Tan (tiga dari kanan) bergambar bersama pada penganjuran Warna-Warni Bazaar by Double Lion yang berlangsung di MYDIN USJ di sini pada Sabtu. FOTO: SINAR HARIAN/MOHD HALIM ABDUL WAHID
Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin (lima dari kiri) dan Pengarah Urusan K.H.H. Double Lion Fruit Juice Manufacturing Sdn. Bhd, Joan Tan (tiga dari kanan) bergambar bersama pada penganjuran Warna-Warni Bazaar by Double Lion yang berlangsung di MYDIN USJ di sini pada Sabtu. FOTO: SINAR HARIAN/MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

JENAMA tempatan, Double Lion melakar pencapaian tersendiri apabila berjaya mempamerkan 100 variasi Air Balang menerusi penganjuran Warna-Warni Bazaar by Double Lion yang berlangsung di MYDIN USJ di sini pada Sabtu.

Pencapaian itu diiktiraf Malaysia Book of Records bagi kategori Most Sets of Air Balang in an Event, sekali gus meletakkan acara berkenaan sebagai yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Acara yang dianjurkan bersama MYDIN Mohamed Holdings Berhad itu menampilkan kepelbagaian minuman tradisional Malaysia, di samping mengetengahkan kreativiti dan inovasi tempatan melalui gabungan perisa yang unik serta pelbagai.

Pengarah Urusan MYDIN Mohamed Holdings Berhad, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin, berkata pameran 100 variasi minuman tersebut mencerminkan semangat Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian, selari dengan realiti masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin (dua dari kanan) dan Pengarah Urusan K.H.H. Double Lion Fruit Juice Manufacturing Sdn. Bhd, Joan Tan (tiga dari kiri) bergambar bersama pada penganjuran Warna-Warni Bazaar by Double Lion yang berlangsung di MYDIN USJ di sini pada Sabtu. FOTO: SINAR HARIAN/MOHD HALIM ABDUL WAHID
Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin (dua dari kanan) dan Pengarah Urusan K.H.H. Double Lion Fruit Juice Manufacturing Sdn. Bhd, Joan Tan (tiga dari kiri) bergambar bersama pada penganjuran Warna-Warni Bazaar by Double Lion yang berlangsung di MYDIN USJ di sini pada Sabtu. FOTO: SINAR HARIAN/MOHD HALIM ABDUL WAHID

"Daripada hanya 19 perisa asas, Double Lion berjaya menghasilkan sehingga 100 variasi minuman berbeza.

"Walaupun digabungkan pelbagai perisa, hasilnya tetap sedap, sama seperti masyarakat Malaysia yang pelbagai namun harmoni,” katanya ketika ditemui di Mydin USJ di sini pada Sabtu.

Katanya, penglibatan penjaja dalam pembangunan idea turut membantu memastikan perisa yang dihasilkan menepati cita rasa pengguna.

Artikel Berkaitan:

"Penjaja lebih memahami kehendak pelanggan, apabila mereka dilibatkan, hasilnya menjadi lebih kreatif dan dekat dengan pasaran,” ujarnya.

Beliau berkata, minuman berperisa pekat keluaran Double Lion ditawarkan pada harga berpatutan serta mempunyai kepekatan tinggi, menjadikannya lebih menjimatkan untuk pengguna, terutama menjelang Ramadan.

"Sebotol boleh menghasilkan ratusan gelas minuman. Walaupun dicampur ais, rasanya masih kekal dan ini merupakan faktor penting dalam kualiti sesuatu minuman,” katanya.

Ameer Ali turut memaklumkan, pengiktirafan Malaysia Book of Records itu merupakan satu pencapaian yang membanggakan kepada Double Lion dan MYDIN yang sentiasa komited menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan.

Ameer Ali Mydin
Ameer Ali Mydin

"Double Lion sudah bertapak lebih lima dekad di Malaysia, apabila rakyat membeli produk tempatan, peredaran wang akan kekal dalam negara dan memberi manfaat kepada ekonomi,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan K.H.H. Double Lion Fruit Juice Manufacturing Sdn. Bhd Joan Tan, berkata Warna-Warni Bazaar by Double Lion berperanan sebagai platform untuk meraikan budaya minuman tradisional dan mengukuhkan hubungan komuniti.

"Acara ini memberi peluang kepada orang ramai mengimbau budaya Air Balang dalam suasana moden, selain mencatat pencapaian baharu melalui pengesahan rekod,” katanya.

Selain menikmati minuman percuma, pengunjung turut dihidangkan dengan kuih-muih tradisional, Aiskrim Malaysia serta pelbagai aktiviti interaktif, termasuk akses kepada 100 resipi Air Balang menerusi kod QR untuk dicuba di rumah.

Susulan sambutan menggalakkan di Subang Jaya, roadshow Warna-Warni Bazaar by Double Lion akan diteruskan ke MYDIN Tunjong pada 24 Januari ini dan MYDIN Gong Badak pada 31 Januari depan, dengan matlamat mendekati lebih banyak komuniti di seluruh negara serta terus memartabatkan warisan minuman Malaysia.

 

Ringkasan AI

  • JENAMA tempatan, Double Lion melakar pencapaian tersendiri apabila berjaya mempamerkan 100 variasi Air Balang menerusi penganjuran Warna-Warni Bazaar by Double Lion
  • Pencapaian itu diiktiraf Malaysia Book of Records bagi kategori Most Sets of Air Balang in an Event
  • Acara tersebut menampilkan kepelbagaian minuman tradisional Malaysia dan kreativiti tempatan melalui gabungan perisa yang unik
  • Minuman berperisa pekat keluaran Double Lion ditawarkan pada harga berpatutan serta mempunyai kepekatan tinggi
  • Roadshow Warna-Warni Bazaar by Double Lion akan diteruskan di MYDIN Tunjong dan MYDIN Gong Badak, dengan matlamat mendekati lebih banyak komuniti

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!