KLN beri bantuan konsular kepada keluarga Nadia Kesuma

Kenyataan media oleh KLN dan Allahyarham Nadia Kesuma.
Kenyataan media oleh KLN dan Allahyarham Nadia Kesuma.
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Luar Negeri (KLN) akan memberi bantuan sepenuhnya kepada keluarga Allahyarham Nadia Kesuma yang dilapor meninggal dunia di Jeddah.

Menurut kementerian itu, Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh bersama Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah kini sedang giat menyalurkan bantuan konsular kepada mereka yang terlibat bagi memastikan segala urusan berjalan lancar.

"Kementerian dengan ini mengesahkan bahawa individu berkenaan telah meninggal dunia. Pihak keluarga telah pun dimaklumkan mengenai berita duka ini.

"Kedua-dua Perwakilan Diplomatik Malaysia berkenaan akan berada di lapangan bagi memantau perkembangan secara dekat serta memudah cara proses-proses selanjutnya.

"Walau bagaimanapun, memandangkan kes ini melibatkan privasi pihak keluarga, kementerian tidak akan mengulas lanjut mengenai butiran peribadi individu terlibat bagi menghormati sensitiviti semua pihak," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Sebelum ini kehilangan Nadia Kesuma sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah terungkai apabila wanita itu dilaporkan sudah meninggal dunia akibat sakit jantung pada Khamis lalu.

Perkara itu disahkan anak perempuannya, menerusi Threads apabila memaklumkan yang ibunya meninggal akibat sakit jantung.

Dalam pada itu KLN menzahirkan penghargaan kepada pihak berkuasa kerajaan Arab Saudi atas bantuan yang diberikan dalam mengendalikan urusan ini.

Menurutnya, Konsulat Jeneral mendapat kerjasama erat dengan pihak berkuasa tempatan serta semakan rekod berkaitan untuk mengesan keberadaan pelakon itu.

Artikel Berkaitan:

"Keselamatan serta kebajikan warganegara Malaysia di luar negara sentiasa menjadi keutamaan," ujarnya.

 

Ringkasan AI

  • Kementerian Luar Negeri akan memberi bantuan sepenuhnya kepada keluarga Allahyarham Nadia Kesuma yang meninggal di Jeddah
  • Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh dan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah aktif membantu urusan berkaitan
  • Individu berkenaan disahkan meninggal dunia dan keluarga telah dimaklumkan
  • Kedutaan dan Konsulat akan memantau perkembangan dan memudahkan proses selanjutnya
  • Nadia Kesuma dilaporkan meninggal akibat sakit jantung selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!