Nuh Travel bantu urus tiket penerbangan suami, anak Nadia Kesuma ke Jeddah

SHAH ALAM - Agensi pelancongan, Nuh Travel & Tours Sdn Bhd (Nuh Travel) akan menguruskan tiket penerbangan serta tempat tinggal kepada suami dan anak perempuan Allahyarham Nadia Kesuma sepanjang mereka berada di Jeddah.
Syarikat itu memaklumkan, pihaknya kini dalam proses mendapatkan tiket penerbangan hari ini selain menyediakan wakil syarikat yang akan membantu ahli keluarga pelakon itu di negara berkenaan.
"Wakil syarikat bersama Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah dan pihak muasasah akan menyambut ketibaan mereka serta menguruskan keperluan logistik di sana.
"Kami juga bekerjasama dengan wakil kedutaan Malaysia untuk mendapatkan beberapa dokumen penting bagi menyelesaikan proses serta prosedur pengebumian Allahyarham Nadia," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Sebelum ini kehilangan Nadia Kesuma sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah terungkai apabila wanita itu dilaporkan sudah meninggal dunia akibat sakit jantung pada Khamis lalu.
Perkara itu disahkan anak perempuannya, menerusi Threads apabila memaklumkan yang ibunya meninggal akibat sakit jantung.
Nadia atau nama sebenarnya Nadiah Kasumawati Abdul Karim, merupakan antara jemaah yang menyertai Pakej Umrah Ziarah London dan Paris bersama 21 jemaah lain.
Ringkasan AI
- Agensi pelancongan, Nuh Travel & Tours Sdn Bhd akan menguruskan tiket penerbangan dan tempat tinggal untuk keluarga Allahyarham Nadia Kesuma di Jeddah
- Pihak syarikat sedang dalam proses mendapatkan tiket penerbangan dan menyediakan wakil untuk membantu keluarga tersebut di Jeddah
- Wakil syarikat akan bekerjasama dengan Konsulat Jeneral Malaysia dan pihak muasasah di Jeddah untuk keperluan logistik Kerjasama juga dijalin dengan wakil kedutaan Malaysia untuk mendapatkan dokumen penting bagi proses pengebumian Nadia Kesuma
- Nadia Kesuma meninggal dunia akibat sakit jantung sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

