Padah curi 17 jongkong emas milik Pegawai Kewangan Negeri Melaka

Mohd Zakuan (tengah) dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh pada Khamis selepas mengaku bersalah.
Mohd Zakuan (tengah) dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh pada Khamis selepas mengaku bersalah.
A
A
A

MELAKA - Bekas pengawal keselamatan kepada Pegawai Kewangan Negeri Melaka dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini pada Khamis selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri dan berniaga harta curi milik majikannya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh, Mohd Zakuan Abdul Rashid, 35, didakwa mencuri di sebuah bangunan yang digunakan sebagai kediaman milik Datuk Salhah Salleh antara Jun 2024 hingga Disember 2025.

Perbuatan itu melibatkan wang tunai RM20, seutas gelang emas, dua bentuk cincin berlian, dua gelang berlian serta 17 ketul jongkong emas dengan berat keseluruhan dianggarkan 86 gram.

Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di Rumah Kerajaan Pegawai Kewangan Negeri di Bukit Peringgit dalam daerah Melaka Tengah.

Bagi pertuduhan kedua, lelaki berkenaan turut mengaku bersalah kerana lazimnya berniaga barangan curi tersebut di Kampung Paya Rumput, juga dalam daerah Melaka Tengah.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Asri Abd Rahman Sidik, memohon hukuman berat dikenakan terhadap tertuduh memandangkan dia telah mengkhianati amanah sebagai pengawal keselamatan di kediaman mangsa sejak 2024.

“Ibarat pepatah ‘harapkan pagar, pagar makan padi’, justeru pihak pendakwaan memohon hukuman berat sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat agar tidak mengulangi kesalahan sama.

“Tambahan pula, kerugian yang dialami mangsa dianggarkan melebihi RM250,000,” katanya.

Hakim Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap tertuduh bagi kesalahan mencuri mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

Mahkamah turut menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun bagi kesalahan berniaga harta curi mengikut Seksyen 413 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua hukuman diperintahkan berjalan serentak bermula dari tarikh tangkapan tertuduh pada 6 Januari lalu.

Ringkasan AI

  • Bekas pengawal keselamatan kepada Pegawai Kewangan Negeri Melaka dihukum penjara tujuh tahun kerana mencuri dan berniaga harta curi
  • Mohd Zakuan Abdul Rashid mencuri wang tunai dan barang kemas milik majikannya di kediaman Pegawai Kewangan Negeri Melaka
  • Terdakwa juga berniaga barang-barang curi tersebut di Kampung Paya Rumput
  • Hakim menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun bagi kesalahan berniaga harta curi
  • Kedua-dua hukuman diperintahkan berjalan serentak bermula dari tarikh tangkapan pada 6 Januari lalu

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!