Rompakan kedai telefon bimbit, pengawal keselamatan diacu parang

SUNGAI PETANI - [KEMAS KINI] Seorang pengawal keselamatan berdepan detik cemas diacu sebilah parang dalam kejadian rompakan di sebuah kedai menjual telefon bimbit dekat Jalan Lencongan Barat di sini kira-kira jam 4 pagi Isnin.
Bagaimanapun, mangsa, 20-an dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Difahamkan, suspek yang terdiri daripada tiga lelaki menaiki sebuah motosikal dan kereta dikatakan menghampiri mangsa dengan mengacu parang.
Suspek kemudian dikatakan memecahkan pintu kaca sebelum masuk ke dalam kedai dan melarikan telefon bimbit.

Kejadian itu turut dimuat naik di media sosial Facebook dan mendapat reaksi pelbagai pihak.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, laporan mengenai kejadian telah diterima.
Menurutnya, siasatan awal mendapati, kejadian dilakukan tiga lelaki bertopeng yang memecah masuk premis berkenaan.
Hanyan berkata, dakwaan pengawal keselamatan diugut ketika kejadian juga akan dijalankan siasatan lanjut.
"Kerugian dialami mencecah kira-kira RM20,000," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan berkumpulan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan jika sabit kesalahan.
Ringkasan AI
- Seorang pengawal keselamatan diacu parang dalam kejadian rompakan di Sungai Petani
- Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan
- Tiga lelaki bertopeng menggunakan motosikal dan kereta dalam rompakan tersebut
- Kerugian akibat rompakan itu mencecah RM20,000
- Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

