Anak pasangan maut di Sri Aman diberi sokongan psikososial - Nancy

JKM akan menyediakan sokongan psikososial kepada tiga anak yatim pasangan suami isteri yang maut di Sri Aman. Gambar kanan: Nancy
JKM akan menyediakan sokongan psikososial kepada tiga anak yatim pasangan suami isteri yang maut di Sri Aman. Gambar kanan: Nancy
A
A
A

KUCHING - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menyediakan sokongan psikososial kepada tiga anak pasangan suami isteri yang ditemukan maut di sebuah rumah di Sri Aman, pada Rabu.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pihaknya akan turut meneliti bantuan lain yang boleh disalurkan termasuk melalui dana tabung di bawah JKM.

"Mereka masih bersekolah (dan) pegawai kita telah mengambil maklumat berkaitan mereka.

"Saya difahamkan mereka sekarang dijaga oleh keluarga terdekat, jadi saya harap mereka dapat mengikut peraturan dengan memohon melalui mahkamah sebagai orang yang layak dan sesuai untuk menjaga anak-anak ini,” katanya.

Nancy berkata demikian kepada pemberita semasa menghadiri Majlis Penyerahan Kampung Angkat Madani Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di Kampung Buntal di sini pada Khamis.

Pada Rabu, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan seorang guru besar di Sri Aman dan isterinya ditemukan maut di Jalan Brayun, Sri Aman dengan kesan kecederaan serius pada bahagian tubuh.

Polis dimaklumkan penemuan pasangan berusia 45 dan 44 tahun itu oleh orang awam pada 6.55 pagi.

Siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.  - Bernama

 

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • JKM menyediakan sokongan psikososial kepada tiga anak yatim pasangan suami isteri yang maut di Sri Aman
  • Datuk Seri Nancy Shukri menyatakan bantuan lain juga akan disalurkan melalui dana dan tabung JKM
  • Pasangan suami isteri itu ditemukan maut dengan kesan kecederaan serius
  • Anak-anak mereka kini dijaga oleh keluarga terdekat
  • Siasatan kes itu dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!