Persatuan pengedar surat khabar mohon diberi perhatian

Jeyabalan Michael@Peter
Jeyabalan Michael@Peter
A
A
A

ALOR SETAR - Persatuan Pengedar Surat Khabar dan Majalah Negeri Kedah Utara berharap kebajikan mereka diberi perhatian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, yang dilanjutkan sehingga 14 April depan.

Setiausahanya, Jeyabalan Michael@Peter berkata, selain mengharapkan insentif sama ada daripada kerajaan negeri mahupun kerajaan Persekutuan, pihaknya meminta diberikan kelonggaran untuk bergerak bebas seperti penghantar makanan dan posmen untuk membolehkan penghantaran akhbar dilakukan dalam tempoh tertentu.

Menurutnya, pelbagai langkah atau insentif disediakan untuk membantu peniaga-peniaga di seluruh negeri, namun pengedar surat khabar turut menanggung risiko setiap hari.

“Kami berdepan pelbagai halangan dalam pengedaran akhbar harian, gerai di pasar awam tidak boleh jual kerana semua kedai tepi jalan dan kedai runcit ditutup.

"Pelanggan pula kuarantinkan diri di rumah masing-masing serta tidak keluar membeli akhbar, menyebabkan pengedar surat khabar turut terjejas sepanjang empat minggu ini,” katanya di sini semalam.

x-default
x-default

Katanya, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan jualan akhbar merosot sehingga 60 peratus, sehingga ada pengedar yang mengurangkan kuantiti bagi meminimumkan kerugian.

“Kami hanya beroperasi seawal jam 5-11 pagi untuk edaran ke seluruh kawasan, harap diberikan perhatian agar nasib kami juga terbela,” katanya.

Menurutnya, mereka tetap menjalankan tanggungjawab mengagihkan akhbar harian agar berita dalam negara dan negeri sampai kepada pembaca, walaupun seluruh negara kini perlu mematuhi perintah kuarantin di rumah dalam menangani Covid-19.

Artikel Berkaitan:

“Pengedar surat khabar tidak patah semangat menyebarkan maklumat dan berita kepada seluruh penduduk. Kami berharap kebajikan kami juga dipertimbangkan,” katanya.