Ahmad Zahid akan perjelas isu Muafakat Nasional Jumaat ini - Mohd Sharkar

Mohd Sharkar Shamsuddin
Mohd Sharkar Shamsuddin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Isu berkaitan Muafakat Nasional (MN) antara perkara yang akan disentuh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam Ucapan Dasar Presiden pada pembukaan Perhimpunan Agung UMNO Jumaat ini.

Menurut Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin, butiran lanjut mengenainya akan dijelaskan Timbalan Perdana Menteri itu nanti.

“Saya hanya memberi sedikit gambaran awal. Tunggu sehingga Presiden menyampaikan ucapan dasar beliau, di mana beliau akan menghuraikannya dengan lebih lanjut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas sesi Taklimat Bersama Presiden UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini pada Rabu.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh sebelum ini menarik perhatian ramai apabila mencadangkan supaya Perikatan Nasional (PN) dibubarkan manakala MN diwujudkan semula berikutan perkembangan politik di Perlis.

Cadangan beliau itu kemudiannya disambut positif oleh pimpinan Pas termasuk Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari.

Namun, tindakan Dr Muhamad Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau itu bagaimanapun tidak dipersetujui oleh segelintir ahli dan pemimpin partinya sendiri.

Susulan daripada kontroversi itu juga dipercayai menjadi antara punca Dr Muhamad Akmal memberi bayangan untuk melepaskan jawatan beliau sebelum ini.

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Isu berkaitan Muafakat Nasional akan disentuh oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam Ucapan Dasar Presiden pada pembukaan Perhimpunan Agung UMNO
  • Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin menyatakan butiran lanjut mengenai isu itu akan dijelaskan nanti oleh Timbalan Perdana Menteri
  • Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mencadangkan Perikatan Nasional dibubarkan dan Muafakat Nasional diwujudkan semula
  • Cadangan itu disambut positif oleh pimpinan Pas
  • Tindakan Dr Muhamad Akmal tidak dipersetujui oleh segelintir ahli dan pemimpin partinya sendiri

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!