Sultan Brunei berangkat pulang selepas hadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47

SUBANG - Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah berangkat pulang selepas menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Kuala Lumpur, pada Selasa.
Pesawat yang membawa baginda bertolak pada jam 5.30 petang selepas upacara pelepasan pulang berserta hamparan permaidani merah dan kawalan kehormatan dari Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) yang diketuai Kapten Mohd Aznizam Azmin.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir turut hadir di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini untuk mengiringi keberangkatan pulang Sultan Brunei dan delegasi baginda.
Sultan Hassanal Bolkiah menghadiri beberapa mesyuarat peringkat tinggi bersama para pemimpin Asia Tenggara dan rakan dialog bagi membincangkan isu utama serantau dan global, selain menegaskan semula komitmen Brunei untuk memperteguh perpaduan dan kerjasama ASEAN.
Sidang kemuncak itu, yang bermula Ahad dan berakhir pada Selasa, diadakan di bawah Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025 bertemakan "Keterangkuman dan Kemampanan”. - Bernama
Ringkasan AI
- Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah berangkat pulang selepas menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47
- Pesawat yang membawa Sultan Brunei bertolak pada jam 5.30 petang dengan upacara pelepasan yang meriah
- Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hadir mengiringi keberangkatan Sultan Brunei
- Sultan Hassanal berpartisipasi dalam mesyuarat peringkat tinggi dan memperkuat komitmen Brunei dalam ASEAN
- Sidang Kemuncak ASEAN di Kuala Lumpur berakhir dengan tema "Keterangkuman dan Kemampanan"
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
