X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: India catat 27 kematian, 1,024 kes jangkitan

Kerajaan India pada Rabu lalu menguatkuasakan perintah lockdown selama 21 hari dalam usaha membendung wabak Covid-19.
A
A

NEW DELHI - Jumlah kematian akibat koronavirus (Covid-19) di India petang semalam meningkat kepada 27 orang dan kes jangkitan mencecah 1,024, memetik Kementerian Kesihatan lapor agensi berita Xinhua.

Menurut pegawai kementerian, setakat ini 96 pesakit dibenarkan keluar hospital, jumlah kes aktif pula sebanyak 901.

Pagi semalam, 979 kes dilaporkan manakala 25 orang meninggal dunia.

Kerajaan India pada Rabu lalu menguatkuasakan perintah lockdown selama 21 hari dalam usaha membendung wabak Covid-19. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus