Negara boleh runtuh kerana cinggey

Laporan Sinar Harian berhubung pendedahan mengenai kegiatan tidak bermoral dalam kem tentera membabitkan pegawai tinggi.
Laporan Sinar Harian berhubung pendedahan mengenai kegiatan tidak bermoral dalam kem tentera membabitkan pegawai tinggi.
A
A
A

MERAK JALANAN tak terkejut sangat pendedahan mengenai kegiatan tidak bermoral dalam kem tentera membabitkan pegawai tinggi. Ini bukan isu baharu. Sudah jadi open secret.

Sudah berpuluh tahun budaya negatif ini diamalkan. Warisan penjajah. Memang susah hendak dibuang.

Yang mendedahkan aktiviti ini di media sosial ialah 'young officer' yang tak tahan budaya merosakkan dan jijik. Mereka mendakwa dipaksa menanggung kos hiburan, termasuk makanan, minuman dan pengangkutan atas alasan menjaga hubungan dengan pihak atasan.

Merak Jalanan tak boleh terima jika budaya negatif ini dijadikan alasan untuk pegawai bersosial. Ini maksiat. Siang bermesyuarat rancang strategi peperangan, malam pula merancang seludup wanita masuk kem untuk berfoya-foya.

Jika benar menyalahi etika dan tatacara ketenteraan, 'jeneral perang' atau mana-mana pegawai atasan terbabit harus dikenakan tindakan disiplin sewajarnya.

Bila pegawai tertinggi tentera sendiri sibuk dengan aktiviti 'yeye', bagaimana dengan agenda mempertahankan negara?

Akhirnya, negara tergadai, maruah hanyut ke laut. Bukan tidak ada dalam sejarah bagaimana sebuah tamadun agung musnah atau negara bangsa runtuh akibat hawa nafsu penjaga benteng negara.

Memetik kata Jijoe dalam filem Rimba Bara, tiga perkara yang boleh menjatuhkan sebuah negara dan salah satunya ialah 'cinggey' (teman wanita). Belum turun ke medan perang, nafsu sudah menewaskan diri. Musuh paling dekat bukan di luar tapi dalam jiwa sendiri.

Merak Jalanan harap budaya maksiat di kem tentera ini segera dinoktahkan dengan pendedahan ini. Jangan kerana aktiviti 'yeye', rosak barisan pertahanan kita.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!