Pengajaran penting di Perancis, Indonesia

Demonstrasi yang meletus di Perancis menyebabkan berlaku pertempuran ganas dengan pihak polis, kebakaran, rompakan dan vandalisme. Foto AFP
Demonstrasi yang meletus di Perancis menyebabkan berlaku pertempuran ganas dengan pihak polis, kebakaran, rompakan dan vandalisme. Foto AFP
A
A
A

KELMARIN demonstrasi meletus di Perancis menyebabkan berlaku pertempuran ganas dengan pihak polis, kebakaran, rompakan dan vandalisme.

Seramai 1,200 individu ditahan manakala 150 anggota polis cedera dalam kejadian yang berlaku di seluruh negara tersebut.

Antara pendorong utama kepada tercetusnya demonstrasi ialah peningkatan kos sara hidup.

Ini termasuk tekanan akibat kenaikan sewa rumah dan juga gaji yang dianggap tidak setimpal dengan perbelanjaan harian.

Bagi golongan muda pula, kemarahan itu turut juga berkait dengan hala tuju politik negara menjelang pilihan raya presiden 2027.

Demonstrasi yang melibatkan ratusan ribu peserta berkenaan berlangsung di Paris dan beberapa bandar lain sebelum keganasan tercetus di sekitar kawasan perhimpunan.

Sementara itu, pasaran saham Indonesia pula berdepan dengan risiko kehilangan status pasaran sedang pesat membangun dan diturunkan kepada kategori pasaran kendiri, setaraf klasifikasi Zimbabwe, Argentina dan Panama.

Menurut laporan Kompas pada Jumaat, cadangan penyedia indeks global MSCI itu mencetuskan kebimbangan terhadap kedudukan pasaran modal Indonesia serta keyakinan pelabur antarabangsa.

Jadi kesimpulannya ialah Malaysia perlu ambil pelajaran penting ini daripada Perancis dan Indonesia tentang kepentingan mengurus ekonomi dengan baik.

Artikel Berkaitan:

Rakyat perlu jadi keutamaan atau mereka akan menghukum pemerintah yang gagal menjaga kebajikan masyarakat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!