Siasatan tender perolehan Tentera Darat: Pegawai kanan dilapor telah keluar hospital

Azam Baki
Azam Baki
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pegawai kanan tentera yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak 28 Disember lalu difahamkan telah keluar hospital pada Selasa.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata, suspek disiasat berkaitan aliran tunai besar dalam akaun bank miliknya sebelum ini.

"Kita sudah maklumkan kepada peguam beliau, beliau perlu hadir kerana sebelum ini, dikatakan beliau tidak begitu sihat dan dimasukkan ke hospital.

"Saya dapat makluman bahawa beliau sudah kembali sihat dan perlu datang ke pejabat," katanya menerusi satu laporan media tempatan pada Rabu.

Bagaimanapun, katanya, buat masa ini, beliau tidak boleh membuat sebarang spekulasi, sama ada suspek akan ditangkap atau sebaliknya.

Media sebelum ini melaporkan Pegawai kanan Tentera Darat (TD) itu dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) menyebabkan beliau gagal memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya.

Sebelum ini, SPRM dilaporkan sedang menyiasat kira-kira 40 buah syarikat dipercayai terlibat dalam pemberian wang rasuah yang dijalankan secara berperingkat.

Sabtu lalu, SPRM menggeledah pejabat Tentera Darat di Kementerian Pertahanan (Mindef) dan di kediaman rasmi suspek bermula pukul 5 petang hingga 12 tengah malam.

Antara dirampas termasuk beberapa barangan bernilai tinggi termasuk jam tangan dan beg tangan mewah yang dipercayai berkait dengan siasatan.

Artikel Berkaitan:

 

 

Ringkasan AI

  • Pegawai kanan tentera yang disiasat SPRM telah keluar hospital pada Selasa
  • Dia disiasat berkaitan aliran tunai besar dalam akaun banknya
  • Suspek sebelum ini tidak dapat hadir memberi keterangan kerana masuk ICU
  • Geledahan telah dijalankan di pejabat Tentera Darat dan kediaman suspek
  • Barangan bernilai tinggi seperti jam tangan dan beg tangan mewah dirampas

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!