Pelakon 'Senario The Movie' meninggal dunia

DUNIA seni tanah air kehilangan seorang lagi bintang apabila pelakon veteran, Rohani Ujang, yang dikenali melalui filem popular Senario The Movie, dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi beberapa penyakit pada malam Selasa lalu.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh anak saudaranya menerusi satu hantaran di Facebook kira-kira 20 jam lalu, yang mengesahkan pemergian Allahyarhamah pada jam 9.30 malam.
“Assalamualaikum, kepada ahli keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan yang mengenali Mak Lang saya, Rohani binti Ujang, dengan dukacitanya dimaklumkan bahawa beliau telah kembali ke rahmatullah pada jam 9.30 malam tadi,” tulisnya dalam hantaran tersebut.
Menurut maklumat yang dikongsikan, jenazah Allahyarhamah telah dimandikan dan disolatkan di Masjid As-Sobirin, Lembah Keramat, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4 pada Rabu.
Sepanjang penglibatannya dalam dunia lakonan, Rohani pernah membintangi beberapa karya tempatan termasuk Senario The Movie, selain muncul dalam beberapa drama televisyen tempatan.
Pemergian Allahyarhamah turut meninggalkan kesan mendalam buat rakan seperjuangan dan peminat yang membesar dengan lakonannya, terutama dalam karya komedi yang terus diingati hingga kini.
Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah.
Ringkasan AI
- DUNIA seni tanah air kehilangan pelakon veteran Rohani Ujang
- Rohani Ujang meninggal dunia akibat komplikasi pelbagai penyakit
- Pemergian Rohani diumumkan menerusi Facebook oleh anak saudaranya
- Jenazah Rohani disolatkan di Masjid As-Sobirin dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4
- Rohani pernah membintangi Senario The Movie dan beberapa drama tempatan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
