Pemilik kenderaan asing tutup nombor pendaftaran isi RON95 sudah hadir ke IPD Kulai

Laporan Sinar Harian pada Ahad.
Laporan Sinar Harian pada Ahad.
A
A
A

KULAI - Pemilik kenderaan asing yang tular mengisi petrol RON95 di sebuah stesen minyak di sini telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, individu berkenaan merupakan pasangan suami isteri masing-masing berusia 63 dan 67 tahun.

Jelas beliau, pihaknya kini sedang melengkapkan kertas siasatan mengikut Seksyen 108(3)(e) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Pemilik telah IPD Kulai untuk membantu siasatan. Kertas siasatan masih dalam tindakan polis.

"Apabila lengkap kelak kita akan rujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Pada Ahad, Seng Lee mengesahkan individu terbabit memegang status Penduduk Tetap (PR) republik itu.

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi satu minit 30 saat di media sosial yang memaparkan seorang individu mengesan perbuatan pemilik kenderaan bernombor pendaftaran Singapura sedang mengisi petrol RON95.

Pemilik video mendakwa, kemungkinan ia adalah taktik baharu warga Singapura untuk mengelirukan pihak berkuasa dengan menutup huruf pertama dan terakhir nombor pendaftaran kenderaan mereka supaya kelihatan seperti kenderaan tempatan.

Susulan kes berkenaan, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Johor, Lilis Saslinda Pornomo turut memaklumkan satu tindakan kes telah diambil terhadap pengusaha stesen minyak berkenaan atas pelanggaran Subperaturan 12A, Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974, di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, tindakan tersebut diambil selepas siasatan mendapati pengusaha stesen minyak disyaki melanggar arahan Pengawal Bekalan berkaitan larangan penjualan petrol RON95 kepada kenderaan berpendaftaran asing.

Ringkasan AI

  • Pemilik kenderaan asing tular mengisi petrol RON95 hadir ke IPD Kulai untuk membantu siasatan
  • Individu tersebut adalah pasangan suami isteri berusia 63 dan 67 tahun
  • Pihak polis sedang melengkapkan kertas siasatan mengikut Seksyen 108(3)(e) Akta Pengangkutan Jalan 1987
  • Pemilik berstatus PR Singapura
  • Pengusaha stesen minyak diambil tindakan kerana melanggar larangan penjualan petrol RON95 kepada kenderaan asing

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!