Kenderaan asing tutup nombor plat isi RON95: Pengusaha stesen minyak disiasat

Laporan Sinar Harian berkaitan tular sebuah kereta dengan nombor pendaftaran Singapura menutup sebahagian plat bertujuan mengaburi tindakannya mengisi RON95 di sebuah stesen minyak di daerah Kulai.
Laporan Sinar Harian berkaitan tular sebuah kereta dengan nombor pendaftaran Singapura menutup sebahagian plat bertujuan mengaburi tindakannya mengisi RON95 di sebuah stesen minyak di daerah Kulai.
A
A
A

JOHOR BAHRU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor membuka satu kertas siasatan terhadap pengusaha stesen minyak selepas disyaki menjual petrol RON95 kepada kenderaan bernombor pendaftaran asing dari negara jiran.

Pengarahnya, Lilis Saslinda Pornomo berkata, tindakan diambil susulan satu video tular memaparkan kenderaan bernombor pendaftaran asing mengisi RON95 dengan taktik menutup nombor pendaftaran kenderaan bagi mengelak dikesan.

Jelas beliau, siasatan awal mendapati insiden berkenaan berlaku pada kira-kira jam 10.36 malam, Jumaat.

"Pembelian petrol RON95 tersebut dilakukan menggunakan kaedah tanpa tunai di salah satu pam stesen minyak berkenaan tanpa melibatkan pengesahan identiti di kaunter.

“Semakan transaksi mendapati hanya sebahagian daripada jumlah pembelian berjaya diisi sebelum pengisian dihentikan sepenuhnya.

"Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) stesen minyak juga telah diperoleh dan sedang disemak bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Lilis Saslinda
Lilis Saslinda

Lilis Saslinda memberitahu, satu tindakan kes telah diambil di bawah Subperaturan 12A, Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974, Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 kerana disyaki melanggar arahan Pengawal Bekalan iaitu larangan penjualan petrol RON95 kepada kenderaan pendaftaran asing.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Sebelum itu, tular sebuah kereta dengan nombor pendaftaran Singapura menutup sebahagian plat bertujuan mengaburi tindakannya mengisi RON95 di sebuah stesen minyak di daerah Kulai.

Video berdurasi satu minit 30 saat itu tular memaparkan seorang individu mengesan dan menegur perbuatan pemilik kenderaan bernombor pendaftaran Singapura yang sedang mengisi petrol RON95.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, pihaknya akan mengambil tindakan saman ke atas pemilik kenderaan jika mendapati nombor pendaftaran kenderaan itu menyalahi peraturan yang ditetapkan.

Ringkasan AI

  • Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Johor membuka kertas siasatan terhadap pengusaha stesen minyak yang didakwa menjual petrol RON95 kepada kenderaan pendaftaran asing
  • Video tular menunjukkan kenderaan dengan nombor pendaftaran asing mengisi RON95, menggunakan taktik menutup nombor pendaftaran untuk mengelak dikesan
  • Insiden berlaku sekitar jam 10.36 malam, Jumaat dan pembelian dilakukan secara tanpa tunai tanpa pengesahan identiti di kaunter
  • Rakaman CCTV stesen minyak sedang disemak untuk membantu siasatan dan tindakan diambil di bawah Subperaturan 12A, Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974
  • Kereta dengan nombor pendaftaran Singapura menutup sebahagian plat bertujuan mengaburi tindakannya mengisi RON95, kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!