Lelaki ditemui mati di jejantas

Mayat seorang lelaki ditemukan tergantung di jejantas bersebelahan sebuah sekolah di Taman Damansara Alif pada Isnin. Gambar hiasan
Mayat seorang lelaki ditemukan tergantung di jejantas bersebelahan sebuah sekolah di Taman Damansara Alif pada Isnin. Gambar hiasan
A
A
A

JOHOR BAHRU – [DIKEMAS KINI] Mayat seorang lelaki berusia 43 tahun ditemukan tergantung di jejantas bersebelahan sebuah sekolah di Taman Damansara Alif di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, mayat lelaki yang dipercayai warga tempatan itu ditemukan pada kira-kira jam 8.54 pagi.

“Kes diklasifikasikan sebagai Laporan Kematian Mengejut (SDR) dan mayat dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Sebelum itu, tular di media sosial berhubung penemuan mayat berkenaan di lokasi kejadian.

Perkara itu kemudiannya dilaporkan kepada polis untuk siasatan lanjut dan tindakan menurunkan mayat telah dijalankan.

Sementara itu, Raub memaklumkan bahawa polis masih meneruskan siasatan berhubung kes tersebut.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki ditemukan mati tergantung di jejantas bersebelahan sebuah sekolah di Taman Damansara Alif, Johor Bahru
  • Mayat ditemukan pada jam 8.54 pagi Isnin
  • Lelaki berusia 43 tahun itu dikenali sebagai E. Jeevan
  • Tiada unsur jenayah dalam kes berkenaan, diklasifikasikan sebagai Laporan Kematian Mengejut
  • Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk tindakan lanjut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!