Mayat bayi lelaki ditemukan dalam bakul sampah hentian lebuh raya

Lokasi di mana mayat seorang bayi lelaki cukup sifat ditemukan dalam bakul sampah di tandas wanita Hentian Yong Peng Lebuhraya Utara-Selatan. - Foto: IPD Batu Pahat
Lokasi di mana mayat seorang bayi lelaki cukup sifat ditemukan dalam bakul sampah di tandas wanita Hentian Yong Peng Lebuhraya Utara-Selatan. - Foto: IPD Batu Pahat
A
A
A

BATU PAHAT – Mayat seorang bayi lelaki ditemukan di dalam sebuah bakul sampah di kawasan tandas wanita, Hentian Sebelah Yong Peng, Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara) pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, mayat bayi yang cukup sifat serta masih bertali pusat dan uri itu ditemukan kira-kira jam 3 petang sebelum kejadian terbabit dimaklumkan kepada pihak polis.

"Siasatan awal polis yang dibantu sepasukan pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Yong Peng, Batu Pahat mengesahkan penemuan bayi lelaki itu dalam keadaan tidak bernyawa.

"Bayi itu dibaluti dengan sehelai baju dan diletakkan di dalam sebuah bakul sampah di kawasan tandas wanita di hentian berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, mayat bayi terbabit kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) bagi tujuan bedah siasat dan pemeriksaan lanjut.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 316 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian tersebut supaya tampil membantu siasatan polis atau menyalurkan maklumat ke mana-mana balai polis berhampiran.

"Orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat melalui Hotline Polis Kontinjen Johor di talian 07-221 2999 atau Hotline Polis IPD Batu Pahat di talian 07-434 3999 bagi membantu siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Mayat bayi lelaki ditemukan dalam bakul sampah di kawasan tandas wanita Hentian Sebelah Yong Peng Lebuhraya Utara Selatan
  • Bayi tersebut masih bertali pusat dan uri serta cukup sifat
  • Penemuan mayat dibuat pada jam 3 petang dan dimaklumkan kepada pihak polis
  • Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail untuk bedah siasat
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 316 Kanun Keseksaan, polis meminta kerjasama orang ramai bagi membantu siasatan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!