Dua beranak maut dirempuh kenderaan hilang kawalan akibat kerbau melintas

Dua beranak maut dalam nahas jalan raya melibatkan dua kenderaan di Kilometer 33, Jalan Kebun Baru–Bukit Serampang,pada Sabtu. Foto IPD Tangkak
Dua beranak maut dalam nahas jalan raya melibatkan dua kenderaan di Kilometer 33, Jalan Kebun Baru–Bukit Serampang,pada Sabtu. Foto IPD Tangkak
A
A
A

TANGKAK - Dua beranak maut dalam nahas jalan raya melibatkan dua kenderaan di Kilometer 33, Jalan Kebun Baru–Bukit Serampang di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 8.15 malam.

Menurut beliau, kemalangan berkenaan membabitkan sebuah kereta Honda City berwarna merah dan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton berwarna kelabu.

“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu Mitsubishi Triton melanggar seekor kerbau yang melintas secara tiba-tiba di atas jalan.

“Akibat perlanggaran itu, kenderaan pacuan empat roda berkenaan hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh kereta Honda City,” katanya dalam satu kenyataan.

Kemalangan dipercayai berlaku selepas Mitsubishi Triton melanggar seekor kerbau yang melintas jalan.
Kemalangan dipercayai berlaku selepas Mitsubishi Triton melanggar seekor kerbau yang melintas jalan.

Roslan berkata, penumpang hadapan sebelah kiri Honda City, seorang wanita berusia, 74, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Katanya, pemandu Honda City, seorang wanita Melayu berusia 42 tahun pula disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tangkak.

Artikel Berkaitan:

Penumpang hadapan sebelah kiri Honda City disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Penumpang hadapan sebelah kiri Honda City disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Dua penumpang belakang Honda City serta pemandu Mitsubishi Triton yang mengalami kecederaan telah dibawa ke Hospital Tangkak untuk rawatan lanjut.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tangkak bagi proses bedah siasat,” ujarnya.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kemalangan membabitkan sebuah kereta Honda City dan sebuah pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton.
Kemalangan membabitkan sebuah kereta Honda City dan sebuah pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton.

Dalam pada itu, Roslan menasihatkan pemilik haiwan ternakan supaya memastikan haiwan mereka tidak dibiarkan berkeliaran sehingga membahayakan pengguna jalan raya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa memandu dengan lebih berhati-hati, terutama di kawasan gelap dan berisiko.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Faszrulhaq Zulkapli di talian 012-230 6943 bagi membantu siasatan,” katanya.

Ringkasan AI

  • Dua beranak maut dalam nahas jalan raya di Tangkak
  • Kemalangan melibatkan kereta Honda City dan Mitsubishi Triton
  • Dipercayai berlaku kerana Mitsubishi Triton melanggar kerbau
  • Penumpang dan pemandu Honda City meninggal di tempat kejadian dan hospital
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!