Colombia kerah tentera ke sempadan Venezuela

Lebuh raya Francisco Fajardo di Caracas lengang selepas komuniti di ibu kota digemparkan dengan siri serangan dilancarkan AS pada awal pagi Sabtu. - Foto AFP
Lebuh raya Francisco Fajardo di Caracas lengang selepas komuniti di ibu kota digemparkan dengan siri serangan dilancarkan AS pada awal pagi Sabtu. - Foto AFP
A
A
A

BOGOTA - Presiden Colombia, Gustavo Petro pada Sabtu mengarahkan kerahan pasukan tentera ke sempadan Venezuela susulan pencerobohan ganas dilancarkan Amerika Syarikat (AS).

Menurutnya, ia sebagai langkah siap siaga untuk memelihara kestabilan di kawasan perbatasan.

"Ia jelas satu bentuk serangan ke atas kedaulatan negara Amerika Latin dan akan mengakibatkan krisis kemanusiaan. Situasi itu boleh diselesaikan melalui sesi dialog," tegas pemimpin haluan kiri tersebut.

Petro bagaimanapun tidak mengulas secara terperinci tentang 'penculikan' Maduro yang merupakan salah seorang sekutu rapatnya di rantau berkenaan.

Wartawan AFP mengesahkan, keadaan kembali normal di lintasan sempadan antara Bogota dan Caracas.

Sejurus serangan itu berlaku, Petro menggesa Pertubuhan Negara Amerika (OAS) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan mesyuarat tergempar untuk menetapkan kesahihan antarabangsa terhadap kempen pencerobohan Washington.

Sejak beberapa bulan lalu, Petro menjadi pengkritik lantang campur tangan AS susulan penempatan tentera AS di Caribbean atas alasan mahu memerangi sindiket dadah. - AFP

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Presiden Colombia, Gustavo Petro mengarahkan kerahan pasukan tentera ke sempadan Venezuela susulan pencerobohan ganas oleh Amerika Syarikat
  • Langkah itu bertujuan sebagai siap siaga untuk memelihara kestabilan di kawasan perbatasan
  • Petro menyatakan serangan tersebut merupakan bentuk serangan ke atas kedaulatan negara Amerika Latin dan boleh menyebabkan krisis kemanusiaan
  • Petro bagaimanapun tidak mengulas tentang 'penculikan' Maduro, sekutu rapatnya
  • Petro menggesa OAS dan PBB mengadakan mesyuarat tergempar untuk menetapkan kesahihan antarabangsa terhadap kempen pencerobohan Washington

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!