Reman suspek kes letupan di Nilai disambung seminggu

Alzafny memberitahu, perintah reman terhadap lelaki 62 tahun itu dikeluarkan Majistret Sara Afiqah Zulkipli di Hospital Tuanku Ja’afar selepas tempoh reman berakhir pada Sabtu.
Alzafny memberitahu, perintah reman terhadap lelaki 62 tahun itu dikeluarkan Majistret Sara Afiqah Zulkipli di Hospital Tuanku Ja’afar selepas tempoh reman berakhir pada Sabtu.
A
A
A

SEREMBAN - Reman terhadap lelaki disyaki terlibat kes letupan menggunakan bahan letupan buatan sendiri atau Improvised Explosive Device (IED) di Desa Palma, Nilai disambung tujuh hari bermula pada Ahad.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, perintah reman terhadap lelaki 62 tahun itu dikeluarkan Majistret Sara Afiqah Zulkipli di Hospital Tuanku Ja’afar di sini selepas tempoh reman berakhir pada Sabtu.

"Ia bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 307 dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan serta Seksyen 4 Akta Bahan Kakisan Letupan Senjata Berjadual,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Sebelum ini, Alzafny berkata suspek kes letupan yang berlaku pada pagi 22 Disember ditahan di sekitar Batang Benar, Nilai pada 4.15 petang 27 Disember dengan kesan melecur pada muka, badan, tangan dan kaki.

Suspek dipercayai mempunyai pengetahuan teknikal dan kemahiran khusus dalam pembuatan bahan letupan berdasarkan penemuan peranti serta peralatan yang dirampas di rumah sewa lelaki itu. - Bernama

 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

 

 

Ringkasan AI

  • Reman terhadap lelaki disyaki terlibat kes letupan di Desa Palma, Nilai disambung tujuh hari
  • Perintah reman diterbitkan selepas tempoh reman awal berakhir, dilakukan di Hospital Tuanku Ja'afar
  • Siasatan lanjut mengikut beberapa seksyen Kanun Keseksaan dan Akta Bahan Kakisan
  • Suspek ditahan dengan kesan melecur akibat letupan pada 27 Dis
  • Suspek mempunyai pengetahuan dan kemahiran khusus dalam membuat bahan letupan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!