16 individu ingkar PKP ditahan

Antara individu yang ditahan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan.
Antara individu yang ditahan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan.
A
A
A

KLANG - Seramai 16 individu ditahan di daerah ini apabila didapati gagal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Klang semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, kesemua individu yang ditahan itu berusia antara 20 hingga 50 tahun.

Menurut Nurulhuda, polis turut menahan dua lelaki termasuk seorang warga Bangladesh di sebuah gerai di Jalan Teratai, Meru Klang kerana gagal memberi alasan munasabah untuk berada di luar rumah pada jam 12.30 tengah hari.

"Lelaki warga asing itu juga disiasat mengikut Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Peraturan 7(1) Peraturan-peraturan Berjangkit (Langkah-langkah di Dalam Kawalan Tempat Jangkitan) 2020 bersama lelaki tempatan berkenaan," katanya melalui kenyataan hari ini.

Nurulhuda berkata, tiga lelaki warga Nepal juga ditahan kerana berkumpul di sebuah taman permainan di pangsapuri berdekatan pada jam 12.45 tengah hari.

"Turut ditahan lelaki warga Mynmar dan tujuh lelaki warga Bangladesh pada jam 1.30 petang di Surau Qausar Bukit Raja, di sini.

Katanya, kesemua tahanan direman empat hari bermula hari ini hingga Rabu.

“Polis turut mendapati tiga lelaki tempatan berbual di tepi Jalan Miri dan mereka direman dua hari hingga esok,” katanya.

Artikel Berkaitan: