Covid-19: 7 kes kematian terbaharu direkodkan

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Malaysia merekodkan tujuh kematian baharu akibat wabak koronavirus (Covid-19), sekaligus jumlah kematian tertinggi harian akibat pandemik itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dengan pertambahan itu menjadikan keseluruhan kematian akibat wabak tersebut meningkat kepada 34 kes setakat jam 12 tengah hari.

"Kematian ke-28 adalah kes ke-2,321 merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 91 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang

"Bagi kematian ke-29 pula adalah kes ke-2,123 iaitu perempuan warganegara Malaysia berumur 64 tahun, mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi.

“Kes kematian ke ke-30 kes ke-2,322 pula merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 76 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang,” katanya pada sidang akhbar di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di sini hari ini.

Noor Hisham berkata, kes kematian ke-31 adalah kes ke-2,323.

"Beliau merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 27 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang.

"Beliau dirawat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini pada 27 Mac lalu dan disahkan meninggal dunia pada 28 Mac 2020 jam 7.44 malam," katanya.

Artikel Berkaitan:

Bagi kes kematian ke-32 semalam pula, ia membabitkan pesakit kes ke-1,239 iaitu seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 50 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi.

"Seterusnya, kes kematian ke 33 adalah kes, 1,249 merupakan lelaki warganegara berumur 37 tahun. Beliau disahkan meninggal dunia pada 28 Mac jam 11.25 malam dan mempunyai sejarah perjalanan ke India.

"Kes kematian ke-34 adalah kes 787 merupakan lelaki warganegara berumur 77 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi," katanya.

Noor Hisham turut menjelaskan kes positif Covid-19 telah meningkat kepada 2, 470 selepas 150 kes baharu direkodkan hari ini.

Dalam pada itu, KKM turut mendapati daripada 34 kes kematian berkaitan Covid-19 itu didapati 56.6 peratus adalah mereka yang berumur 60 tahun dan ke atas.

"Sebanyak 67.6 peratus pula adalah mereka yang menghidap penyakit kronik seperti kencing manis, buah pinggang dan darah tinggi.

"Jadi, kita ingin mengingatkan kepada golongan berisiko ini supaya menjaga kesihatan dan pastikan bekalan ubat sentiasa mencukupi," katanya.