Bilangan individu ditahan ingkar PKP makin meningkat

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bilangan individu yang ingkar dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih tinggi dan sehingga semalam sejumlah 649 individu telah ditahan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, jumlah itu meningkat sekali ganda berbanding Jumaat lepas yang menyaksikan 320 orang ditahan.

“Daripada 649 individu itu, seramai 73 orang telah pun dituduh di mahkamah dan mengaku bersalah, namun didapati masih ramai yang ingkar.

“Polis telah diberi kebenaran untuk mengambil tindakan tegas, antara yang akan dilakukan segera ialah kompaun selain tindakan membawa mereka ke mahkamah,” katanya dalam sidang media harian di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, sebanyak 997 sekatan jalan raya diadakan semalam yang menyaksikan 310,938 kenderaan telah diperiksa berbanding lebih 200,000 pada hari sebelumnya.

"Angka itu menunjukkan masih banyak kenderaan berada di jalan raya, sebab itulah pemeriksaannya sekali ganda lebih banyak daripada hari sebelumnya,” kata beliau.- Bernama

Artikel Berkaitan: