Boleh dihukum penjara jika panggil orang dengan gelaran anjing

Individu gelar orang lain anjing boleh dipenjara atau didenda di Indonesia. Foto hiasan
Individu gelar orang lain anjing boleh dipenjara atau didenda di Indonesia. Foto hiasan
A
A
A

JAKARTA – Mana-mana individu yang menghina atau mengeluarkan kata-kata kesat terhadap individu lain dengan menggunakan sebutan haiwan seperti anjing kini berdepan hukuman penjara enam bulan atau denda maksimum 10 juta rupiah (kira-kira RM2,400) mulai 2 Januari 2026.

Warta Lombok melaporkan perbuatan berkenaan boleh dikenakan hukuman penjara atau denda mengikut peruntukan dalam Kitab Undang-Undang Hukum Pidana (KUHP) baharu Indonesia.

Sebelum ini, kebiasaan memanggil rakan atau individu lain dengan sebutan berunsur hinaan seperti anjing sering dianggap sebagai gurauan.

Dengan penguatkuasaan peraturan baharu, tindakan berkenaan boleh dikategorikan sebagai penghinaan ringan yang mempunyai implikasi undang-undang.

Masyarakat diingatkan supaya lebih berhati-hati dalam pertuturan, sama ada di tempat awam mahupun dalam perbualan seharian.

Berdasarkan peruntukan berkaitan penghinaan sebelum ini yang termaktub dalam KUHP lama menerusi Perkara 315, setiap penghinaan yang dilakukan secara sengaja, sama ada secara lisan atau bertulis di hadapan umum atau secara langsung terhadap individu yang dihina, boleh dikenakan hukuman penjara maksimum empat bulan dua minggu.

Bagaimanapun, peruntukan terbaharu yang akan berkuat kuasa mulai 2 Januari 2026 merujuk kepada KUHP Perkara 436 menegaskan bahawa penghinaan yang tidak termasuk dalam kategori penghinaan nama baik, sama ada dilakukan secara lisan atau bertulis, boleh diklasifikasikan sebagai penghinaan ringan.

Menurut portal Inside Lombok, pakar undang-undang jenayah Universiti Trisakti, Abdul Fickar Hadjar mengesahkan perbuatan memaki hamun menggunakan nama haiwan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Menurutnya, kesalahan dikategorikan sebagai penghinaan nama baik di bawah KUHP Perkara 433 itu membawa hukuman penjara maksimum sembilan bulan atau denda sehingga Rp10 juta.

Artikel Berkaitan:

Beliau menjelaskan, penghinaan menggunakan sebutan haiwan juga boleh diklasifikasikan sebagai penghinaan ringan seperti diperuntukkan dalam KUHP Perkara 436.

Katanya, kesalahan tersebut boleh dikenakan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM2,400.

Ringkasan AI

  • Individu yang menghina menggunakan sebutan haiwan di Indonesia menghadapi hukuman penjara enam bulan atau denda RM2,400 mulai 2 Januari 2026
  • Peraturan baru tersebut merupakan bahagian dari Kitab Undang-Undang Hukum Pidana (KUHP) baharu
  • Sebelumnya, memanggil seseorang dengan sebutan hinaan dianggap gurauan
  • Penguatkuasaan peraturan baru mengkategorikan tindakan tersebut sebagai penghinaan ringan dengan implikasi undang-undang
  • Masyarakat diingatkan untuk berhati-hati dalam pertuturan di tempat awam dan perbualan sehari-hari

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!