New Zealand, Mali catat kes kematian pertama Covid-19

New Zealand mencatatkan 60 kes baharu dan tiga kes disyaki hari ini menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini sebanyak 514. -Foto AFP
New Zealand mencatatkan 60 kes baharu dan tiga kes disyaki hari ini menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini sebanyak 514. -Foto AFP
A
A
A

WELLINGTON - Seorang wanita berusia 70-an menjadi korban pertama Covid-19 di New Zealand, lapor agensi berita Xinhua.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Ashley Bloomfield berkata, mangsa meninggal dunia di Hospital Greymouth pada Ahad. Wanita itu diuji positif Covid-19 pada Jumaat.

New Zealand mencatatkan 60 kes baharu dan tiga kes disyaki hari ini menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini sebanyak 514.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan dan Hal Ehwal Sosial Mali turut mengesahkan kematian pertama akibat Covid-19.

Mangsa mempunyai sejarah penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi. Mali sehingga kini mencatatkan 19 kes jangkitan.- Bernama

Artikel Berkaitan: