Keluarga wanita tinggal setahun di KLIA Terminal 1 masih gagal dikesan - Polis

Laporan Sinar Harian berhubung wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
Laporan Sinar Harian berhubung wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
A
A
A

PUTRAJAYA - Ahli keluarga wanita tempatan yang didakwa tinggal selama setahun di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 masih belum dapat dikesan.

Ketua Polis Daerah KLIA, ACP Azman Shari’at berkata wanita yang ditahan pada 18 Disember lalu itu kini masih menerima rawatan di Hospital Kajang.

“Setelah keadaannya stabil dan sesuai, wanita berkenaan berkemungkinan akan ditempatkan di pusat penjagaan yang bersesuaian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Azman berkata punca sebenar wanita itu berada di KLIA Terminal 1 untuk tempoh yang lama masih dalam siasatan.

Sebelum ini, tular di media sosial rakaman seorang wanita yang dikatakan menetap di kawasan terminal bersama barangan peribadi dan dipercayai bergantung kepada kemudahan awam seperti internet percuma, penyaman udara dan bekalan air yang disediakan di lapangan terbang berkenaan bagi tempoh yang lama.

Susulan itu, wanita berkenaan ditahan polis dan disahkan mempunyai kad berkaitan masalah kesihatan mental. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Ahli keluarga wanita yang didakwa tinggal di KLIA Terminal 1 tidak dapat dikesan
  • Wanita tersebut ditahan pada 18 Disember dan kini dirawat di Hospital Kajang
  • Berkemungkinan akan ditempatkan di pusat penjagaan setelah keadaan stabil
  • Punca wanita itu berada di KLIA Terminal 1 untuk tempoh yang lama masih disiasat
  • Tular di media sosial rakaman wanita menetap di terminal dan bergantung kepada kemudahan awam

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!