Konflik Ukraine-Rusia: Zelensky kata akan bertemu Trump dalam masa terdekat

KYIV – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky pada Jumaat mengumumkan bahawa beliau akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, dalam masa terdekat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
“Kami telah bersetuju untuk mengadakan pertemuan di peringkat tertinggi bersama Presiden Trump dalam masa terdekat,” tulis Zelensky di platform media sosial X.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat susulan maklumat terkini daripada Rustem Umerov, perunding utama Ukraine dalam rundingan damai bagi menamatkan perang yang tercetus hampir empat tahun lalu, mengenai hubungan terbaharu dengan AS.
“Banyak perkara boleh diputuskan sebelum Tahun Baharu,” tulis Zelensky. - Bernama-dpa
Ringkasan AI
- Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump
- Pertemuan itu disepakati untuk diadakan dalam masa terdekat
- Keputusan mengadakan pertemuan susulan maklumat dari Rustem Umerov, perunding utama Ukraine
- Rundingan bertujuan untuk menamatkan perang yang berlaku hampir empat tahun
- Zelensky yakin banyak perkara boleh diputuskan sebelum Tahun Baharu
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
