Ewon muat naik gambar pertemuan dengan Presiden PBS, STAR

KOTA KINABALU - Presiden Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu (UPKO) memuat naik sekeping gambar bersama presiden parti tempatan melalui akaun rasmi Facebooknya pada Sabtu.
Dalam statusnya Datuk Ewon Benedick berkata, beliau bertemu dengan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR).
"Bersama Huguan Siou Tan Sri Pairin Kitingan, Tan Sri Bernard Dompok, Tun Richard Malanjum, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dan Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam dalam pertemuan pada 17 November 2025.
"Di sebalik persaingan, tetap ada wawasan ke arah penyatuan parti-parti tempatan, menubuhkan kerajaan Sabah oleh parti-parti tempatan," katanya.
Ewon berkata, beliau juga berbangga mewakili generasi muda Sabah dan pimpinan UPKO dalam pertemuan terbabit.
Sebelum ini terdapat desas-desus mengatakan tiga parti berkenaan akan mengadakan kerjasama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17 Sabah.
Ringkasan AI
- Presiden UPKO memuat naik gambar pertemuan dengan presiden parti tempatan di Facebook
- Datuk Ewon Benedick bertemu dengan Presiden PBS dan STAR
- Pertemuan melibatkan tokoh politik utama seperti Huguan Siou Tan Sri Pairin Kitingan
- Mempromosikan visi penyatuan parti-parti tempatan di Sabah
- Desas-desus mengenai kerjasama antara tiga parti untuk Pilihan Raya Negeri Sabah
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
