Penurunan kes ubah tanggapan Kelantan 'lubuk' dadah - Pemadam

Penurunan angka perlu dilihat sebagai petunjuk bahawa usaha berterusan selama ini mula menampakkan hasil.
Penurunan angka perlu dilihat sebagai petunjuk bahawa usaha berterusan selama ini mula menampakkan hasil.
A
A
A

KOTA BHARU - Kes penyalahgunaan dadah di Kelantan merekodkan penurunan sebanyak 7.4 peratus pada tahun ini berbanding sebelumnya sekali gus mengubah tanggapan ramai mendakwa serambi Makkah sebagai 'lubuk' dadah.

Pengerusi Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Kelantan, Zamakhshari Muhamad berkata, berdasarkan statistik yang dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa pada Selasa menunjukkan jumlah penagih dadah menurun sebanyak 1,128 orang daripada 15,448 orang pada 2024 kepada 14,320 orang (2025).

"Jumlah kes penyalahgunaan dadah juga turut mencatatkan penurunan sebanyak 582 kes daripada 25,091 kes pada 2025 berbanding 25,673 kes pada 2024.

“Dari segi penguatkuasaan, jumlah tangkapan juga menurun sebanyak 1,018 orang daripada 27,402 pada 2024 kepada 26,384 pada tahun ini. ,” katanya kepada pemberita pada Khamis.

Zamakhshari berkata, penurunan angka tersebut tidak seharusnya diraikan secara berlebihan, sebaliknya dilihat sebagai petunjuk bahawa usaha berterusan yang dilaksanakan selama ini mula menampakkan hasil.

Tambahnya, isu dadah tidak boleh diselesaikan semata-mata melalui pendekatan tangkap dan hukum, sebaliknya memerlukan strategi menyeluruh yang menekankan pencegahan awal serta penglibatan masyarakat.

Beliau berkata, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah melaksanakan ratusan program pencegahan yang melibatkan institusi keluarga, sekolah, tempat kerja dan komuniti setempat.

"Pendekatan ini penting kerana punca masalah dadah sering bermula daripada persekitaran terdekat dengan kehidupan seharian.

"Kerajaan Kelantan kekal komited menjadikan usaha memerangi dadah sebagai satu jihad bersama, namun kejayaan tersebut tidak akan tercapai tanpa peranan aktif rakyat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, perubahan sebenar bermula apabila masyarakat cakna, berani menegur dan sanggup bekerjasama dengan pihak berkuasa serta agensi berkaitan.

"Dadah bukan isu individu semata-mata, sebaliknya melibatkan keluarga, komuniti serta masa depan negeri.

Ia memerlukan sokongan berterusan semua pihak bagi memastikan usaha pencegahan dapat diteruskan secara berkesan," tambahnya.

Ringkasan AI

  • Kes penyalahgunaan dadah di Kelantan merekodkan penurunan sebanyak 7.4 peratus pada tahun ini
  • Jumlah penagih dadah menurun dari 15,448 orang pada 2024 kepada 14,320 orang pada 2025
  • Jumlah kes penyalahgunaan dadah turut menurun dari 25,673 kes pada 2024 kepada 25,091 kes pada 2025
  • Pendekatan menyeluruh yang menekankan pencegahan awal dan penglibatan masyarakat diperlukan untuk menangani isu dadah
  • Agensi Antidadah Kebangsaan telah melaksanakan ratusan program pencegahan melibatkan keluarga, sekolah, dan komuniti

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!