Balai berlepas LTSIP sudah berpindah ke terminal baharu

KOTA BHARU - Balai berlepas di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa telah berpindah ke terminal baharu bermula pada Khamis.
Perkara tersebut dikongsikan oleh Exco Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Kelantan, Datuk Dr Izani Husin menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman sosial Facebook.

"Alhamdulillah, hari pertama puasa menjadi hari pertama bermulanya operasi LTSIP. Dari parkir hinggalah ke bangunan terminal utama sudah boleh digunakan.
"Selepas ini, semua urusan yang melibatkan pelepasan perlu melalui tingkat atas, iaitu kenderaan perlu menaiki jejambat dan menurunkan penumpang di tingkat atas. Manakala, semua urusan melibatkan ketibaan adalah di tingkat bawah," katanya.
Sinar Harian pada Isnin melaporkan bahawa selepas melalui fasa naik taraf, LTSIP Pengkalan Chepa di sini dijangka beroperasi sepenuhnya bermula 5 Mac ini.
Timbalan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Saizol Ismail berkata, ia sekali gus memberi nafas baharu kepada sektor pengangkutan udara di Kelantan.

Terdahulu, pada 1 Mei 2024 dilaporkan bahawa rata-rata penumpang teruja menggunakan kemudahan di terminal baharu Fasa 1 LTSIP yang mula beroperasi pada Rabu.
Tinjauan Sinar Harian mendapati wajah baharu LTSIP itu membuatkan ramai teruja sehingga ada yang mengeluarkan telefon pintar masing-masing untuk merakam detik-detik indah.
Ringkasan AI
- Balai berlepas di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra berpindah ke terminal baharu
- Perpindahan ini diumumkan oleh Datuk Dr Izani Husin di Facebook
- Operasi terminal baru bermula pada hari pertama puasa
- Pelepasan dilakukan di tingkat atas, ketibaan di tingkat bawah
- Terminal dijangka beroperasi sepenuhnya bermula 5 Mac
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

