Pelan 20 perkara AS-Ukraine

AS sekali lagi cuba menjadi 'orang tengah' untuk mendamaikan Rusia-Ukraine yang berperang sejak 2022. Foto Agensi
AS sekali lagi cuba menjadi 'orang tengah' untuk mendamaikan Rusia-Ukraine yang berperang sejak 2022. Foto Agensi
A
A
A

KIEV - Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy mendedahkan butiran pelan damai dicadangkan Amerika Syarikat (AS) bertujuan untuk menghentikan perang bersama Rusia.

Menurutnya, persetujuan telah dicapai antara perunding Kiev dan Washington.

Cadangan tersebut sudah dihantar ke Moscow untuk disemak semula dan diharap mendapat maklum balas positif selepas beberapa usaha sebelum ini gagal.

Difahamkan, dokumen tersebut akan ditambah dalam perjanjian bilateral AS-Ukraine mengenai perjanjian keselamatan dan pembinaan semula.

Zelenskyy bagaimanapun tidak mendedahkan draf dokumen tersebut dan hanya menggariskan kandungan pelan itu satu demi satu yang sebahagian besarnya memberi manfaat Kiev setelah cadangan sebelum ini ditentang kerana lebih berpihak kepada Rusia.

"Versi terbaharu itu akan membekukan barisan hadapan, namun masih membuka jalan untuk pengunduran pasukan Ukraine dan penubuhan zon bebas tentera," ujarnya.

Pelan damai 28 perkara sebelum ini mendapat bantahan keras Kiev setelah ia didakwa mengutamakan tuntutan Kremlin termasuk hak ke atas wilayah Ukraine.

Pelan tersebut menuntut agar Ukraine berundur dari 20 peratus wilayah Donetsk yang masih berada di bawah kawalannya dan supaya kawasan yang diduduki Moscow diiktiraf sebagai wilayah Rusia.

Zelenskyy juga memberi jaminan Kiev sedia mengadakan pilihan raya hanya selepas perjanjian damai itu dimeterai bersama Kremlin. - AFP

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy mendedahkan butiran pelan damai dicadangkan Amerika Syarikat untuk menghentikan perang dengan Rusia
  • Persetujuan pelan damai telah dicapai antara perunding Kiev dan Washington
  • Cadangan sudah dihantar ke Moscow untuk diharap mendapat maklum balas positif
  • Dokumen pelan damai akan ditambah dalam perjanjian bilateral AS-Ukraine
  • Zelenskyy janji Kiev akan mengadakan pilihan raya selepas perjanjian damai dengan Kremlin

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!