Trump luluskan pelan damai Rusia-Ukraine

Donald Trump. Foto AFP
Donald Trump. Foto AFP
A
A
A

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump meluluskan pelan damai 28 perkara bagi menyelesaikan konflik antara Rusia dan Ukraine, yang dirangka oleh pegawai AS melalui rundingan dengan pegawai Rusia dan Ukraine, lapor Xinhua memetik NBC News pada Rabu.

Menurut NBC, pelan itu dibangunkan dengan penglibatan utusan khas Trump Steve Witkoff, Naib Presiden JD Vance, Setiausaha Negara Marco Rubio serta menantu presiden, Jared Kushner.

Tiga pegawai AS turut memberitahu NBC bahawa rangka pelan damai itu masih perlu dibentangkan kepada pihak Ukraine.

Pemuktamadan draf pelan berlangsung bertepatan dengan lawatan delegasi Tentera Darat AS ke Ukraine yang tiba di Kyiv pada Rabu.- Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump meluluskan pelan damai 28 perkara untuk konflik Rusia-Ukraine
  • Pelan itu dirangka oleh pegawai AS, Rusia, dan Ukraine
  • Utusan khas Trump, Steve Witkoff, Naib Presiden JD Vance, Setiausaha Negara Marco Rubio, dan Jared Kushner terlibat dalam pembangunan pelan
  • Rangka pelan masih perlu dibentangkan kepada pihak Ukraine
  • Draf pelan disiapkan bertepatan dengan lawatan delegasi Tentera Darat AS ke Ukraine

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!