Kanak-kanak 7 tahun dikejarkan ke hospital akibat pendarahan digigit lintah

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dikejarkan ke hospital selepas kemaluannya berdarah dipercayai akibat digigit lintah ketika bermain di sawah. Gambar dijana oleh AI
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dikejarkan ke hospital selepas kemaluannya berdarah dipercayai akibat digigit lintah ketika bermain di sawah. Gambar dijana oleh AI
A
A
A

JASIN - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dikejarkan ke hospital selepas kemaluannya berdarah dipercayai akibat digigit lintah ketika bermain di sawah dalam satu program yang berlangsung di Sungai Rambai, Ahad lalu.

Menurut sumber, maklumat berhubung kejadian diterima polis sekitar jam 1 tengah hari dari Wad Kecemasan Hospital Jasin.

“Kanak-kanak perempuan itu dibawa ibunya ke hospital selepas dikatakan mengalami pendarahan secara tiba-tiba ketika sedang bermain di sawah semasa menyertai program berkenaan.

“Siasatan awal mendapati tiada sebarang kecederaan luaran pada bahagian kemaluannya sebelum kes tersebut dirujuk ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Katanya, pemeriksaan doktor mendapati pendarahan itu berkemungkinan disebabkan lintah, susulan ibu mangsa memaklumkan anaknya hanya memakai seluar pendek tanpa seluar dalam ketika berada di sawah berkenaan.

Beliau memaklumkan bahawa laporan polis dibuat bagi memenuhi prosedur perubatan dan siasatan mendapati tiada kecederaan trauma atau unsur jenayah dikesan terhadap mangsa.

Sementara itu, Sinar Harian sedang mendapatkan pengesahan lanjut daripada pihak polis berhubung kejadian tersebut.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dibawa ke hospital kerana kemaluannya berdarah dipercayai akibat digigit lintah
  • Kejadian berlaku di sawah semasa menyertai program di Sungai Rambai
  • Ibu mangsa membawa anaknya ke hospital selepas pendarahan tiba-tiba
  • Siasatan awal mendapati tiada kecederaan luaran pada kemaluan mangsa
  • Pendarahan kemungkinan disebabkan lintah, mangsa memakai seluar pendek tanpa seluar dalam semasa di sawah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!