Kanak-kanak dua tahun maut dilanggar ketika bapa undur kereta

TANGKAK - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut akibat dilanggar ketika bapa mangsa sedang mengundurkan kereta dalam kejadian di Taman Kesang Baru, Parit Bunga, Khamis lepas.
Timbalan Ketua Polis Daerah Tangkak, Deputi Superintenden Jamellulkamal Abdul Halim berkata, siasatan awal oleh pihaknya mendapati ketika kejadian pada jam 8.15 pagi itu, bapa mangsa yang berusia 30 tahun sedang mengubah kedudukan kenderaan jenis Suzuki Swift di kawasan garaj rumahnya.
Beliau berkata, pada masa yang sama, secara tiba-tiba kanak-kanak berkenaan keluar dari dalam rumah dan terus menuju ke belakang kereta.
"Mangsa yang mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar pada jam 7.30 malam.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu. - Bernama
Ringkasan AI
- Kanak-kanak perempuan dua tahun maut dilanggar bapa saat mengundur kereta
- Kejadian berlaku di Taman Kesang Baru, Parit Bunga
- Bapa sedang ubah kedudukan Suzuki Swift di garaj rumah
- Kanak-kanak keluar tiba-tiba ke belakang kereta
- Mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala di HPSF Muar
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
