18 anggota APM bantu pindah pesakit obesiti 150kg ke hospital

Seramai 18 pegawai termasuk anggota APM Bachok dan Pasir Puteh berganding bahu membantu memindahkan seorang pesakit obesiti seberat 150 kg dari kediamannya di Teluk Kemunting ke Hospital Bachok pada Selasa. - Foto:APM

A
A
A

BACHOK – Seramai 18 pegawai termasuk anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dari daerah Bachok dan Pasir Puteh berganding bahu membantu memindahkan seorang pesakit obesiti seberat 150 kilogram dari kediamannya di Teluk Kemunting ke Hospital Bachok, pada Selasa.

Timbalan Pengarah APM Kelantan, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Farid Ishak berkata, pesakit wanita berusia dalam lingkungan 30-an itu kemudiannya dibawa menaiki lori ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Pesakit wanita berusia 30-an itu kemudian dibawa menaiki lori ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. - Foto:APM
Pesakit wanita berusia 30-an itu kemudian dibawa menaiki lori ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. - Foto:APM

"Kita gunakan lori milik APM Daerah Pasir Puteh. Tindakan dan koordinasi dilakukan bagi memastikan proses pemindahan berjalan lancar sepanjang operasi.

"Alhamdulillah, operasi ini berjalan lancar hasil kerjasama erat semua anggota yang terlibat," katanya kepada pemberita.

APM sentiasa komited dalam memberikan bantuan kecemasan serta sokongan kepada individu yang memerlukan rawatan perubatan khas. - Foto: APM
APM sentiasa komited dalam memberikan bantuan kecemasan serta sokongan kepada individu yang memerlukan rawatan perubatan khas. - Foto: APM

Menurut beliau, usaha tersebut mencerminkan komitmen APM dalam memberikan bantuan kecemasan serta sokongan kepada individu yang memerlukan rawatan perubatan khas.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, APM akan terus berusaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada penduduk di negeri ini selari dengan misi dan visi jabatan.

Ringkasan AI

  • Seramai 18 pegawai APM dari Bachok dan Pasir Puteh membantu memindahkan pesakit obesiti ke Hospital Bachok
  • Pesakit wanita berusia 30-an dan berat 150 kilogram
  • Pesakit dibawa menggunakan lori milik APM Daerah Pasir Puteh
  • Operasi pemindahan berjalan lancar berkat kerjasama anggota
  • APM komited memberi bantuan kecemasan dan perubatan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!