Covid-19: Kes kematian di Itali cecah lebih 10,000

Jumlah kematian akibat serangan wabak koronavirus (Covid-19) di Itali melepasi 10,000 kes pada Sabtu.
Jumlah kematian akibat serangan wabak koronavirus (Covid-19) di Itali melepasi 10,000 kes pada Sabtu.
A
A
A

ITALI- Jumlah kematian akibat serangan wabak koronavirus (Covid-19) di Itali melepasi 10,000 kes pada Sabtu, lapor Reuters.

Menurut Reuters, seramai 889 mangsa meninggal dunia dalam tempoh 24 jam semalam dan merupakan antara jumlah tertinggi sejak wabak itu muncul pada 21 Februari lepas.

Jumlah kematian di negara itu mencecah 10,023 dan setakat Sabtu sebanyak 6,000 kes jangkitan baharu dilaporkan dengan jumlah keseluruhan 92,472, iaitu kes tertinggi kedua di dunia di belakang Amerika Syarikat.

Artikel Berkaitan: