ST Rosyam Mart kini di Jakel Square, cawangan kedua di ibu kota

ST Rosyam Mart Jakel Square menawarkan lebih 40,000 produk daripada sayur-sayuran tempatan segar, buah-buahan, daging dan ayam berkualiti.
ST Rosyam Mart Jakel Square menawarkan lebih 40,000 produk daripada sayur-sayuran tempatan segar, buah-buahan, daging dan ayam berkualiti.
A
A
A

ST Rosyam Mart terus mengukuhkan kedudukannya sebagai pasar raya borong Halal 24 jam dengan pembukaan cawangan baharu di Jakel Square di ibu negara.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Sri Ternak, Datuk Raymond Ho Cheng Hann berkata, pembukaan itu menandakan cawangan kesembilan ST Rosyam Mart dan yang kedua di ibu kota.

Menurutnya, di Sri Ternak matlamat mereka sentiasa jelas, iaitu membantu orang ramai dan perniagaan menjimatkan wang serta masa demi menikmati kehidupan lebih baik.

"Kami berterima kasih kepada pengurusan Kumpulan Jakel atas kerjasama merealisasikan visi ini. Lokasi strategik ini membolehkan kami menyediakan keperluan harian halal dan dipercayai pada harga mampu milik, bukan sahaja kepada penduduk tempatan tetapi juga pelancong di bandar yang besar ini.

Selain peluncuran ‘Malaysia Selection’, pembukaan besar-besaran ST Rosyam Mart Jakel Square juga menampilkan peluncuran ‘Selamatkan Dompet Warga KL’.
Selain peluncuran ‘Malaysia Selection’, pembukaan besar-besaran ST Rosyam Mart Jakel Square juga menampilkan peluncuran ‘Selamatkan Dompet Warga KL’.

"Kami juga tidak akan mencapai kejayaan ini tanpa dedikasi tidak berbelah bahagi daripada pasukan kami di Kumpulan Sri Ternak serta sokongan rakan kongsi dan pelanggan.

"Kami akan terus memudahkan, menjimatkan dan memberi pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan untuk semua dan memastikan setiap kunjungan ke pasar borong Halal 24 jam kami adalah pengalaman yang hebat,” katanya.

Terdahulu, pembukaan besar-besaran ST Rosyam Mart Jakel Square pada Rabu dirasmikan oleh Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin.

Artikel Berkaitan:

Turut berlansung, peluncuran ‘Malaysia Selection’ selain ‘Selamatkan Dompet Warga KL’ iaitu inisiatif berfokuskan penjimatan yang direka untuk membantu penduduk Kuala Lumpur dan rakyat Malaysia membeli keperluan harian berkualiti tanpa membebankan dompet mereka.

Kumpulan Sri Ternak luncur ST Rosyam Mart di Jakel Square, Kuala Lumpur dan memperkenalkan ‘Malaysia Selection’ dan inisiatif ‘Selamatkan Dompet Warga KL’.
Kumpulan Sri Ternak luncur ST Rosyam Mart di Jakel Square, Kuala Lumpur dan memperkenalkan ‘Malaysia Selection’ dan inisiatif ‘Selamatkan Dompet Warga KL’.

Cawangan itu turut memperkenalkan Celebrity Corner yang ditambah baik dan menampilkan pelbagai produk berjenama selebriti antaranya Datuk Chef Wan, Datuk Seri Aliff Syukri, Datuk Khatijah Ibrahim, Ako Mustapha, Azza Elite, Betty Rahmad, Fizo Omar, Fouziah Gous, Ab Manan, Munif Hijjaz, Nubhan, Nazia Mustafar, Khai Bahar dan Pengarah ST Rosyam Mart Sdn Bhd, Datuk Rosyam Nor.

Sementara itu, Rosyam Nor berkata, usaha itu bukan hanya sekadar mengembangkan syarikat dengan membuka cawangan baharu tetapi ia juga mencerminkan tanggungjawab mereka kepada rakyat Malaysia.

"Kami faham bahawa kos sara hidup di Kuala Lumpur ini mahal dan kami mahu menjadikan keperluan harian lebih mudah diakses dan mampu milik untuk semua. Kami serius dengan janji kami, ‘Berbelanja di ST Rosyam Mart, Dompet Abang Selamat’.

"Selain menawarkan keperluan harian mampu milik, kami berharap cawangan ini menjadi ruang yang mudah untuk keluarga, pekerja dan rakan-rakan singgah, sama ada untuk membeli-belah, menikmati hidangan ringan atau sekadar berehat kerana ia dibuka 24 jam," katanya.

 

 

Ringkasan AI

  • ST Rosyam Mart membuka cawangan baharu di Jakel Square, Kuala Lumpur, kedudukannya yang kesembilan dan yang kedua di ibu kota
  • Pasar raya tersebut bertujuan membantu orang ramai menjimatkan wang dan masa
  • Lokasi strategik membolehkan penyediaan keperluan harian halal kepada penduduk tempatan dan pelancong
  • Pembukaan rasmi dilakukan oleh Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin
  • Inisiatif 'Selamatkan Dompet Warga KL' dilancar untuk membantu penduduk Kuala Lumpur membeli keperluan berkualiti tanpa membebankan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!